Antarabangsa

Yamaha Dedah Paten Skuter Guna Sistem Hibrid, Makin Canggih!

gempak
Erywan
10/11/2020
07:23 MYT
Sponsor Banner
Yamaha Dedah Paten Skuter Guna Sistem Hibrid, Makin Canggih!
Yamaha adalah satu daripada pengeluar motosikal yang melihat sistem pacuan hibrid merupakan cara untuk mengurangi jurang antara kuasa petrol dan pendorong elektrik penuh.
Selepas mendedahkan teori pertama pada 2000, sekali lagi tahun ini jenama itu sedang membangunkan rekaan dua janakuasa baharu. Idea motosikal hibrid sudah lama sama seperti kereta jana kuasa hibrid walaupun pendekatan pada roda dua sedikit perlahan.
Satu masalahnya adalah trenkuasa motosikal itu membabitkan komponen berat dan mahal sehingga menjadikan pakej rekaan sedikit rumit serta menjadi tugas yang sukar.
Bagaimanapun, satu paten dari Jepun menunjukkan sistem hibrid menggunakan enjin pembakaran semata-mata sebagai pemanjang jarak ke motor elektrik. Dengan cara ini, bahagian enjin petrol tidak mempunyai hubungan langsung untuk beri kuasa kepada pergerakan. Sebaliknya, satu-satunya tugasnya adalah menjana elektrik yang akan disalurkan ke bateri.
Kelebihan sistem jenis ini apabila enjin petrol hanya perlu bekerja dengan nisbah rev spesifik dan di bawah beban yang ditentukan. Oleh kerana itu, emisi yang dilepaskan dari enjin petrol dapat ditala dengan baik dan mengurangkan jumlah gas berbahaya yang dihasilkan secara besar-besarkan dan meningkatkan kecekapan enjin.
Spesifik khas motosikal itu masih belum diumumkan, hanya versi paten yang ada terutamanya enjin dan motor elektrik diletakkan pada frem.
Sumber www.visordown.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live