Hollywood
Cher Terkejut Tahu Nama Sebenar: “Selama Ini Saya Fikir…”
Penyanyi Cher mendedahkan menukar nama yang telah diberikan ibu dan sah secara undang-undang selepas berasa ia tidak sesuai dengan penampilan dirinya.
BERITA TRENDING: Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Pendedahan tersebut dibuat menerusi buku memoir miliknya berjudul Cher: The Memoir, Part One.BERITA TRENDING: Netizen ‘Bahan’ Cher Gara Gara Emoji Lembu Buat Mendiang Ratu Elizabeth II
Pemenang Oscar dan Grammy itu menulis terkejut dengan nama sebenarnya selepas mahu menukar nama secara sah pada tahun 1979.Nama yang tertera pada surat beranak menulis dirinya sebagai Cheryl yang menurut penyanyi itu sebagai ‘jauh’ daripada yang difikirkan.
“Selama ini saya fikir nama sebenar saya adalah Cherilyn namun sebenarnya tidak.
Dalam memoir sama, Cher bercerita telah dilahirkan oleh ibunya, Georgia Holt sewaktu wanita itu berusia 19 tahun pada 1946.“Saya hanya tahu nama sebenar saya Cheryl sewaktu ingin menukar nama kepada Cher,” katanya seperti dilaporkan CNN.
Oleh kerana keletihan melahirkannya, ibu Cher mengaku tidak mempunyai idea untuk memberi nama kepadanya.
“Ibu saya tidak ada idea tapi dia beritahu jururawat dia sangat meminati pelakon Lana Turner yang memiliki anak dipanggil Cheryl. Ibu saya pula bernama Lynda.
“Bagaimana jika kita namakannya Cherilyn?”, tulis Cher mengenai asal usul namanya.
BERITA TRENDING: Cher, 75 dan Ibunya, 97 Tahun! Ini RAHSIA Cher Kekal Bertenaga – Seorang Vegetarian, Tidak Makan Keju, Aerobik Dan...
Must-Watch Video