Tempatan

Yamaha TMAX 560 Lancar Di Malaysia, Harga Bermula RM72,288

gempak
Erywan
18/10/2021
05:42 MYT
Sponsor Banner
Yamaha TMAX 560 Lancar Di Malaysia, Harga Bermula RM72,288
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memeriahkan barisan motosikal berkuasa tingginya menerusi pengenalan skuter sport Yamaha TMAX 560 2021 ke pasaran tempatan.
Skuter yang sesuai untuk tunggangan di bandar dan perjalanan jauh itu dilengkapi dengan enjin empat lejang DOHD dua silinder bersesaran 562cc.
Ia menyalurkan 46.9hp pada 7,500rpm dan tork setinggi 55.7Nm pada 5,250rpm yang mana kuasa itu disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi V-Belt automatik.
Selain prestasi dan rekaan menarik, ia turut dilengkapi panel instrumen TFT dengan pelbagai fungsi yang memaparkan maklumat tahap penggunaan bahan api, D-Mode, ABS dan TCS.
Keselesaan tunggangan diperkuatkan lagi dengan cemin penghadang angin yang boleh dilaras secara eletrik sehingga 135mm.
Tangki bahan api berkapasiti 15 liter itu tidak memerlukan anda kerap berhenti di stesen minyak, selain mempunyai penyimpan topi keledar dan barangan peribadi dengan selamat di dalam ruang di bawah pelana.
Yamaha TMAX 650 yang ditawarkan dengan dua pilihan warna membabitkan Tech Kamo dan Power Grey mula berada di Pengedar Yamaha Big Bike seluruh Malaysia bermula 16 Oktober ini.
Harganya, ia dijual bermula RM72,288 tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran. Setiap pembeli TMAX akan menerima kunci cakera brek dan Big Bike Key Pouch daripada Royal Selangor secara percuma.
Sementara itu, HLYM turut memaklumkan bahawa dua model baharu membabitkan Yamaha MT-09 dan Yamaha Tracer 9 GT bakal dilancarkan pada tahun ini.
Jentera berkenaan menggunakan enjin tiga silinder sebaris bersesaran 889cc menyalurkan 117hp dan tork 93Nm. Namun, harga MT-09 dan Tracer 9 GT akan diumumkan pada pelancarannya nanti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live