Tempatan

Yamaha TT-R250 Kustom Jadi Scrambler Yang Menarik

gempak
Erywan
21/04/2021
04:17 MYT
Sponsor Banner
Yamaha TT-R250 Kustom Jadi Scrambler Yang Menarik
Yamaha TT-R250 adalah motosikal sport enduro tulen yang dilahirkan untuk bersaing dengan Honda XR250R. Namun, siapa sangka motosikal itu begitu sesuai dikustom untuk menjadi model scrambler, bahkan tampil menarik hasil sentuhan Ellaspede Custom Motorcycles.
Pakar kustom asal Australia itu melakukan proses berperingkat pada bahagian badan plastik. Selepas menanggalkan bahagian badan, Ellaspede menggantikan komponen tangki minyak asli dengan tangki milik Yamaha TT500.
Papan pemuka kini diletakkan set speedometer kustom sehingga menampilkan rekaan minimalis. Bahagian hendal juga dibuat lebih lebar yang menjadi identiti motosikal scrambler dan kemudian digabungkan cermin sisi jenama Daytona.
Selain itu, bentuk lampu utama bulat mempertahankan identiti klasik. Bahagian belakang dan subframe lebih ringkas tanpa banyak mounting dan pelana kulit berwarna biru meningkatkan penggayaannya seiring dengan konsep “Blue Thunder”.
Suspensi dibangunkan semula agar boleh menjelajah ruangan off-road dengan selesa yang kemudian dipadankan rim jejari Excel bersaiz 19 inci (depan) dan 18-inci (belakang).
Rim keluli tahan karat itu dibaluti dengan tayar Shinko 804 / 805 dual-purpose. Bahagian janakuasa juga menerima naik taraf menggunakan karburetor Mikuni TM33 dengan Unifilter pod.
Mengukuhkan penampilan muskularnya, Ellaspede menggunakan sistem ekzos kustom dengan muffler KX500 dari DG Performance. Bahagian badan menerima semburan cat putih dengan tulisan “Blue Thunder” pada bahagian tangki minyak dan nama kustom Ellaspede Custom Motorcycles pada bahagian belakang tepi tayar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live