Skip to main content

Viral

DSV Anggap Pertemuan Dengan Bekas Isteri Fazley Yaakob Momen Paling Bermakna - “Azrene Layan Cik B Sangat…”

ASTROGEMPAK Vida

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob membawa bekas isterinya, Azrene Soraya, berjumpa dengan anak-anak usahawan Datuk Seri Vida dalam satu pertemuan yang mendapat perhatian wargamaya.
  • DSV meluahkan rasa syukur dan terharu dengan layanan baik Azrene terhadap anak-anaknya serta mendoakan hubungan baik mereka terus berkekalan.
  • Netizen gembira melihat hubungan baik Fazley dan bekas isterinya, malah ada yang mula membuat spekulasi mengenai hubungan Fazley dengan DSV.
Advertisement

Video memperlihatkan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob membawa bekas isterinya iaitu Azrene Soraya berjumpa dengan anak-anak usahawan Datuk Seri Vida meraih perhatian wargamaya.

 

Advertisement

Menerusi video yang dikongsikan, Vida atau dikenali sebagai DSV meluahkan rasa syukur apabila dapat bertemu dengan Azrene buat pertama kali. 

 

“Alhamdulillah pertemuan yang sangat bermakna. Saya tak sangka baru pertama kali jumpa Azrene dah macam lama kenal. Azrene layan Cik B sangat-sangat baik dan macam layan anak sendiri. 

Advertisement

 

“Terharu saya bila orang layan anak-anak saya dengan sangat baik. Bangga jadi seorang mak bila anak-anak kita disenangi semua orang. Anak-anak Datuk Fazley dan Azrene pun sangat rapat dengan Cik B,” katanya. 

 

Dalam pada itu, Vida turut mendoakan agar hubungan baik mereka ini dilimpahkan dengan kasih sayang dan kebaikan buat semua orang. 

 

“Alhamdulillah, berpeluang bersama insan-insan yang hebat, baik hati, penyayang dan sentiasa saling menghormati. Semoga Allah terus menjaga ukhuwah ini, melimpahkan kasih sayang dan kebaikan buat kita semua,” ujarnya lagi.

 

Rata-rata netizen meluahkan rasa gembira melihat hubungan baik Fazley dengan bekas isterinya itu. 

 

Malah, mereka juga mula membuat spekulasi mendakwa Fazley seperti mengiyakan hubungannya dengan Datuk Seri Vida atau DSV apabila membawa bekas isterinya berjumpa dengan usahawan itu. 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Anda mungkin berminat dengan

Emas Jaguar (2.91g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Papan 0.3 24K Gold Plated Jewellery (2160301)

Emas Jaguar (2.91g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Papan 0.3 24K Gold Plated Jewellery (2160301)

Puma Unisex Scend Pro 2 Running Shoes - Puma White-Glowing Red 31077909

Puma Unisex Scend Pro 2 Running Shoes - Puma White-Glowing Red 31077909

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

Must Watch Video

Advertisement