Skip to main content

Viral Trends

"Saya Kesian Bila Orang Kutuk Dato'" - Lelaki Tawar Diri Ajar Aliff Syukri Ilmu Fardu Ain Di Rumah

"Saya Kesian Bila Orang Kutuk Dato'" - Lelaki Tawar Diri Ajar Aliff Syukri Ilmu Fardu Ain Di Rumah

AI Brief

  • Datuk Seri Aliff Syukri menerima teguran netizen selepas rakaman solat Maghribnya tular kerana kesalahan bacaan surah Al-Kafirun dan cara mengimam solat berjemaah.
  • Seorang pengguna Threads menawarkan kelas fardu ain percuma di rumah Aliff untuk membantu beliau memperbaiki ilmu agama secara santai dua hingga tiga kali seminggu.
  • Tawaran tersebut mendapat sokongan positif daripada netizen yang berharap ia dapat membuka ruang kepada lebih ramai untuk menambah ilmu agama dengan cara yang baik.
Advertisement

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi perhatian selepas rakaman dirinya mengimamkan solat Maghrib mengundang teguran dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian yang tular di Threads, segelintir netizen mempersoalkan bacaan surah Al-Kafirun oleh Aliff yang didakwa mempunyai beberapa kesalahan dari segi sebutan dan tajwid.

Advertisement

Malah, ada yang turut menegur cara usahawan berkenaan mengendalikan solat berjemaah berdasarkan rakaman yang dikongsikan.

Bagaimanapun, di sebalik teguran tersebut, seorang pengguna Threads dikenali sebagai @theultraimam tampil menawarkan diri untuk mengadakan kelas fardu ain secara percuma di kediaman Aliff.

Menurut individu berkenaan, dia bersedia membantu usahawan itu mempelajari ilmu agama secara lebih mendalam melalui sesi pembelajaran santai sebanyak dua hingga tiga kali seminggu.

Advertisement

“Salam Dato' @aliffsyukriterlajaklaris nak bagitau Dato' berminat saya boleh je buat kelas fardu ain dekat rumah Dato' seminggu 2-3 kali macam tu, kita sama-sama ulangkaji apa patut.

“Saya kesian pulak bila orang kutuk Dato' isu sembahyang tu tapi boleh jadi saya terlepas pandang kalau ada orang yang dah approach Dato' untuk buat kelas personal.

“Kalau dah ada, Alhamdulillah, kalau belum boleh runding masa bersesuaian insya Allah,” tulisnya.

Tawaran tersebut menerima reaksi positif daripada beberapa pengguna media sosial yang menyifatkan pendekatan berkenaan lebih baik berbanding terus mengecam Aliff.

“Up! Benda baik kita support,” komen seorang netizen.

“Recommended. Harap sampai kepada Dato' @aliffsyukriterlajaklaris,” tulis seorang lagi pengguna.

“Alhamdulillah, ini sebaiknya,” ujar seorang individu.

Dalam masa sama, terdapat juga pengguna yang berharap usaha tersebut dapat membuka ruang kepada orang ramai untuk memperbaiki pengetahuan agama masing-masing.

“Moga menjadi asbab kita semua mengaji ilmu fardhu ain. Biar lengkap 3 ilmu (tauhid, feqah tasawuf),” tulis seorang netizen.

Setakat ini, Aliff belum dilihat memberikan sebarang maklum balas menerusi perkongsian yang dipaparkan mengenai tawaran kelas fardu ain berkenaan.

You may be interested in

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Must Watch Video