Skip to main content

Filem

Gandingan Suami Isteri, Jun Lojong Akui Segan Pamer Kemesraan Bersama Namron - “Bila Balik Rumah…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Jun Lojong mengaku rasa segan untuk tunjuk kemesraan dengan suaminya, Namron, walaupun mereka berlakon bersama dalam filem seram Polong.
  • Mereka kekal profesional di set dan hanya berlakon sebagai watak Maria dan Hadi, manakala di rumah tetap suami isteri biasa.
  • Jun memuji pengarah Zulkarnain Azhar yang berani memilihnya sebagai pelakon utama walaupun dia kurang dikenali dan tiada populariti.
Advertisement

Pelakon, Jun Lojong mengakui bahawa dia berasa segan untuk mempamerkan kemesraan bersama suaminya, Namron menerusi filem seram terbaharu, Polong.

Jun atau nama penuhnya Junainah M.Lojong,48 berkata bahawa meskipun mereka digandingkan bersama dalam filem tersebut, namun mereka memilih untuk kekal profesional dengan watak masing-masing.

Advertisement

“Hanya kat set sahaja kami berlakon sebagai Maria (Jun) dan Hadi (Namron). Bila balik rumah kami hanyalah suami isteri melainkan jika kami ingin praktis di rumah. 

“Sejujurnya saya yang rasa malu dan segan nak tunjuk kemesraan suami isteri. Saya gemuruh sangat sebab saya tahu suami saya bagus. Saya terfikir boleh ke nak tunjuk kemesraan dan sampaikan dengan baik. 

“Tetapi bila in action sahaja, semua perkara tersebut hilang sebab kami dalam karakter percintaan Mariah dan Hadi,”katanya kepada Gempak.

Advertisement

Sementara itu, Jun turut memuji pengarah Polong, Zulkarnain Azhar kerana berani memilihnya sebagai peneraju utama filem tersebut kerana berpandangan bahawa dirinya memiliki banyak kekurangan dari segi nama dan populariti.

“Saya bagi kredit pada Zul kerana berani ambil saya sebagai pelakon utama sebab saya tiada nama dan orang tak kenal saya. Bagaimana dia nak jual filem dia. 

“Dia tak menilai populariti tetapi sangat pegang karya sebaiknya. Dia melihat saya dengan bakat dan bukan populariti. Beban juga sebenarnya, saya takut tiada orang nak lihat saya,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Must Watch Video

Advertisement