Skip to main content

Gaya Hidup

Demi Kebaikan Bersama, Amin Abid Reda Longkang Rumah Dirombak Pihak Majlis - “Sedih Sebenarnya Tapi…”

Amin Abid

Personaliti media sosial, Amin Othman akui sedih selepas longkang rumahnya yang dirombak oleh pihak majlis perbandaran baru-baru ini.

Ketika dihubungi Gempak, Amin berkongsi pada mulanya dia dan keluarga agak ralat untuk melalukan rombakkan tersebut namun demi kebaikan penduduk taman mereka akur untuk pihak majlis menjalankan proses penyelarasan struktur longkang di kawasan rumah mereka.

Advertisement

"Sedih sebenarnya, mula-mula rasa macam tak nak buat tapi kami fikirkan jiran-jiran kami semua dah rombak kalau kami tak buat jadi apa-apa susah pula.

“Jadi kami reda untuk mereka pecahkan juga. Tapi okay lah sebab longkang jadi better dan air pun boleh mengalir sempurna,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Walaupun terpaksa menanggung kerugian dianggarkan sekitar RM1,000, Amin dan Abid tetap bersikap positif dan menganggap perkara adalah sebagai peluang untuk memperbaiki struktur sedia ada.

“Kami rugi dalam RM1,000 juga, kalau nak baiki balik mungkin mozaik sahaja. Kena tengok balik macam mana. Mungkin kami akan datangkan dengan ciptaan baharu dan jadi konten seterusnya, nantikan,” tambah Amin.

Terdahulu, tular di media sosial apabila longkang rumah milik pempegaruh, Amin Abid telah dirombak pihak majlis perbandaran.

Rata-rata netizen sedih melihat situasi tersebut kerana Amin dan kembarnya, Abid Othman telah meletakkan usaha untuk mencantikan kawasana kediaman mereka.

Must-Watch Video

Advertisement