Skip to main content

Gaya Hidup

The Experts: Daripada Struggle Cari Diri, Kini Amin Abid Jadi Inspirasi Anak Muda

Astrogempak AMIN ABID

Sekilas

  • Amin dan Abid Othman, pempengaruh kembar dari latar belakang B40, berjaya bangkit dan capai kejayaan melalui kandungan DIY di TikTok.
  • Mereka tekankan pentingnya konsistensi dan latihan untuk bina keyakinan diri dalam berkarya dan berinteraksi dengan komuniti positif.
  • Pesanan mereka kepada semua adalah jangan mudah patah semangat dengan kata negatif dan terus cuba untuk belajar dan maju.

Pempengaruh kembar, Amin Othman dan Abid Othman mengakui bukan mudah untuk berada pada tahap yang mereka berada sekarang. 

Datang daripada latar belakang keluarga yang sederhana, bukanlah penghalang untuk adik beradik ini memperbaiki diri dan mengecapi kejayaan mereka yang tersendiri.

 Kami datang daripada background B40. Bukan budak pandai pun, tapi bagaimana kami survive daripada fasa itu sampai ke tahap sekarang, alhamdulillah. 

“Kami struggle cari talent sebab tak tahu apa function kami dalam hidup. Dalam masa sama, kami nak buat mak ayah gembira,” kata mereka. 

Perubahan besar dalam hidup mereka bermula apabila secara spontan mereka mula menghasilkan kandungan di TikTok. 

Dari situ, mereka mula memberi fokus kepada kandungan berkonsepkan DIY yang selari dengan minat mereka, sekali gus berjaya menarik perhatian ramai. 

“Bila start buat TikTok, kami tak sangka penerimaan daripada rakyat Malaysia sangat memberangsangkan. View pun alhamdulillah cecah jutaan. Dari situlah self branding kami makin kuat dan kami makin yakin dengan bakat sendiri,” tambah mereka. 

Dalam pada itu, pasangan kembar itu juga percaya keyakinan diri bukan datang secara tiba-tiba, sebaliknya terbina melalui proses yang panjang dan konsisten. 

“Awal-awal memang rasa ‘orang nak dengar ke apa kita cakap?’, ‘orang nak tengok ke content kita?’ Tapi jangan tunggu semua itu. Kita kena buat sahaja. Practice makes perfect.  

“Bila kita buat lagi dan lagi, lama-lama confident itu datang sendiri,” jelas mereka. 

Dalam masa sama, mereka menekankan kepentingan menghargai diri sendiri sebelum mengharapkan penghargaan daripada orang lain. Mereka juga percaya berada di platform yang betul membantu seseorang membina keyakinan dan menemui komuniti yang positif. 

Mengakhiri perkongsian, Amin dan Abid menitipkan pesanan agar orang ramai tidak mudah patah semangat dengan kata-kata negatif. 

“Jangan jadikan mulut orang sebagai pematah semangat. Tutup telinga, fokus pada diri sendiri. “Paling penting, jangan pernah berhenti cuba. Kalau tak cuba, kita takkan belajar apa-apa,” tambah mereka. 

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement