Seorang wanita yang dikenali sebagai Nour Eizzati berjaya meraih perhatian netizen selepas berkongsi berita duka mengenai pemergian tunang tersayang hanya beberapa jam sebelum majlis akad nikah yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat.
Nour Eizzati memaklumkan bahawa tunangnya, Mohamad Faiz bin Md Rozi telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2 pagi sewaktu dalam tidur.
“Assalamualaikum kepada rakan rakan yang mengenali saya, yang menerima jemputan undangan ke majlis perkahwinan saya pada 25/12/2025 nanti.
“Disini saya nak maklum, 8 jam sebelum akad nikah semalam. Bakal suami saya iaitu tunang saya (Mohamad Faiz bin Md rozi) telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam lebih kurang 2 pagi semalam.
“Meninggal semasa tidur dan sudah sampai masa dia bertemu pencipta,” kongsi Eizzati.
Dalam pada itu, Eizzati juga memohon agar orang ramai yang membaca perkongsiannya dapat menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat arwah tunangnya.
“Saya mohon semua yg membaca ni, sedekahkan alfatihah untuk arwah,” tambahnya. 
Perkongsian berkenaan nyata menyentuh hati warganet yang rata-ratanya menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan agar Nour Eizzati diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian berat tersebut.
Sumber: FB Nour Eizzati