Skip to main content

Viral

Kerbau Tular Diberi Nama Donald Trump Akan Dikorbankan pada Aidiladha

Astro Gempak kerbau

Sekilas

  • Seekor kerbau albino di Bangladesh yang viral kerana dikatakan mirip Presiden AS Donald Trump akan dihantar kepada pembeli untuk dikorbankan sempena Aidiladha.
  • Kerbau seberat 700 kilogram itu diberi nama Donald Trump dan harga sekilo dagingnya mencecah RM15.20, dengan ‘tuan’ baru sudah dikenal pasti.
  • Kerbau tersebut sangat jinak dan diberi penjagaan serta diet premium bagi memastikan kesihatannya sentiasa baik.

Seekor kerbau albino di Bangladesh yang menjadi tular kerana dikatakan mempunyai ciri mirip Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan dihantar kepada pembeli atau ‘tuan barunya’ untuk dikorbankan sempena Aidiladha.

Pemilik kerbau tersebut, Ziauddin Mridha memberitahu sekilo daging kerbau seberat 700 kilogram  yang dinamakan Donald Trump itu mencecah harga RM15.20 dan sudah mempunyai ‘tuan’ baharu.

Ziauddin juga memberitahu kerbau tersebut sangat jinak dan tenang selagi berasa tidak terancam.

Terdahulu, kerbau jenis albino itu menjadi tular sehingga ladang di Paikpara, Narayanganj, berdekatan Dhaka yang menjadi lokasi haiwan tersebut dipelihara, diserbu orang ramai.

“Apabila saya melihat haiwan itu di Facebook, ia memang kelihatan seperti Donald Trump.

“Bentuk muka dan rambutnya kelihatan seperti Trump,” ujar seorang pengunjung kepada akhbar Prothom Alo.

Kerbau albino tersebut memiliki kulit berwarna merah jambu dengan jambul bulu perang keemasan yang disifatkan mempunyai ciri sama seperti Trump.

Diketahui, kerbau tersebut diberikan penjagaan dan diet premium seperti jagung, hampas minyak, dedak serta rumput bagi memastikan kesihatannya berada di tahap terbaik.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement