Skip to main content

Berita

Pengeluaran Pasport Sah Lebih 10 Tahun Dihentikan Serta-Merta

Pengeluaran Pasport Sah Lebih 10 Tahun Dihentikan Serta-Merta

Sekilas

  • Jabatan Imigresen Malaysia menghentikan pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun sehingga isu berkaitan diselesaikan.
  • Keputusan dibuat selepas beberapa pemegang pasport menghadapi masalah ketika mendaftar masuk dengan syarikat penerbangan di luar negara.
  • Pemegang pasport sedia ada dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun akan diberikan pasport gantian percuma dengan tempoh maksimum 10 tahun.
Advertisement

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menghentikan serta-merta pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun sehingga isu berkaitan diselesaikan bersama syarikat penerbangan dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata, keputusan itu dibuat susulan kesulitan yang dihadapi beberapa pemegang pasport berkenaan ketika melakukan perjalanan ke luar negara.

Advertisement

Menurutnya, walaupun perkara itu telah dirujuk kepada ICAO dan maklum balas diterima tidak menghalang pelaksanaan tempoh sah laku pasport melebihi 10 tahun, kekeliruan timbul apabila beberapa pemegang pasport menghadapi masalah ketika mendaftar masuk dengan syarikat penerbangan tertentu di luar negara.

“Bagi menangani kekeliruan ini, jabatan menetapkan bahawa tempoh sah laku maksimum bagi PMA adalah selama 10 tahun sahaja.

“Penetapan ini bertujuan menyeragamkan tempoh sah laku PMA serta mengelakkan kekeliruan berkaitan keperluan tambahan tempoh sah laku enam bulan yang ditafsirkan secara berbeza oleh sesetengah syarikat penerbangan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Zakaria berkata, pemegang pasport sedia ada yang mempunyai tempoh sah laku melebihi 10 tahun akan diberikan pasport gantian secara percuma dengan tempoh sah laku maksimum 10 tahun.

Mereka yang terlibat juga akan diberikan keutamaan dalam urusan penggantian pasport.

Selain itu, JIM akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada semua syarikat penerbangan bagi membantu pengembara warga Malaysia yang terjejas di luar negara.

“JIM komited memastikan pelaksanaan PMA sentiasa ditambah baik bagi memberikan kemudahan kepada rakyat serta memastikan urusan perjalanan antarabangsa dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan teratur,” katanya.

Sumber: Awani

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

900ml 304 Stainless Steel Handheld Thermos Insulated Vacuum Tumbler Mugater Bottle with Straw Handle cawan termos

900ml 304 Stainless Steel Handheld Thermos Insulated Vacuum Tumbler Mugater Bottle with Straw Handle cawan termos

adidas Lifestyle ADIDAS PrimeLift BACKPACK Unisex Beige KE3784

adidas Lifestyle ADIDAS PrimeLift BACKPACK Unisex Beige KE3784

YB5L YB5 YB5L-BS BATTERY EX5 CLASS KRISS EGO LC135 V1 SPORT E BONUS NOUVO S SRL110 bateri SRL110 LAGENDA 110 SRL WAVE100

YB5L YB5 YB5L-BS BATTERY EX5 CLASS KRISS EGO LC135 V1 SPORT E BONUS NOUVO S SRL110 bateri SRL110 LAGENDA 110 SRL WAVE100

Nike Older Kids' Brasilia JDI Mini Backpack (11L) - Hemp [HV6481-200]

Nike Older Kids' Brasilia JDI Mini Backpack (11L) - Hemp [HV6481-200]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement