Gegar Vaganza 11

Gegar Vaganza 11: Bakal Labuh Tirai! Siapa Juara Pilihan Anda?

gempak
Asyraf Roslan
09/02/2025
07:25 MYT
Sponsor Banner
Gegar Vaganza 11: Bakal Labuh Tirai! Siapa Juara Pilihan Anda?
Program hiburan pilihan peminat,Gegar Vaganza 11(GV11) bakal melabuhkan tirainya malam ini.
Selepas 12 minggu berentap malam ini seorang daripada enam finalis bakal dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza untuk edisi ke-11.
Malam ini, peminat GV bakal menyaksikan saingan sengit antara Ning Baizura, Liza Aziz, Zehra Zambri, Shiela Abdull, The Lima dan Dadali Dyrga.
Dengan tema ‘Its Final’ setiap finalis akan dicabar dengan tiga tugasan iaitu tugasan solo, duet dan juga battle.
Lebih mengujakan apabila pasangan duet bintang GV pada malam ini bukan biasa-biasa.
Ada akan disajikan dengan persembahan memukau daripada Datuk Jamal Abdillah, Pasha Ungu, Taufik Batisha, Jacly Victor, Dolla dan Krisdayanti.
Pentas akhir Gegar Vaganza akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Kesemua finalis juga akan diadili oleh Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli M.S
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Adakah Ning Baizura, Liza Aziz, Zehra Zambri, Sheila Abdull, The Lima atau Dadali Dyrga yang akan membawa pulang gelaran juara?
Jangan lupa saksikan aksi terakhir mereka di pentas akhir Gegar Vaganza 11!
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang eksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*.
Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024