Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: Illa Sabry Rupanya Introvert, Bergelut Dengan Masalah Stage Fright - “Bila Di Pentas Saya Jadi Anxiety”
Bintang Gegar Vaganza, Illa Sabry berpuas hati dengan persembahannya walaupun tersingkir di konsert minggu keenam.
Introvert & masalah stage fright
Menurut Illa, sewaktu membuat persembahan, dia sebenarnya sedang bergelut dengan masalah ‘stage fright’ selain merupakan seorang yang introvert.“Berani buat apa yang saya tak pernah buat selama ini sebab saya dalam industri sekejap sahaja. Dulu mana pernah nak menyanyi lagu yang rancak.“Untuk persembahan saya dah beri sehabis baik, mungkin masa sesi latihan saya boleh buat tetapi bila berada di pentas, saya ada anxiety, ada stage fright yang teruk juga. “Jadi dengan tenaga yang tak cukup, saya fikir sebab faktor usia pun ya juga maka begitulah. Banyak faktor sebenarnya tapi apa pun saya gembira dan bangga dengan diri sendiri sebab berani masuk.
“Menari atas pentas ke tidak, saya tak pernah cabar diri. Tapi bila berjaya buat itu adalah satu kejayaan peribadi untuk saya.
“Saya seronok juga masuk GV11, awal-awal itu kalau jumpa orang ramai-ramai begini saya nak bercakap pun tak boleh. Saya sangat introvert.
“Sekarang ini saya dah boleh bercakap, boleh bergurau sikit sikit. Apa yang saya belajar di GV ini sangat sangat banyak,” katanya kepada Gempak.
Terima keputusan dengan reda
Mengulas mengenai penyingkirannya, Illa bagaimanapun menerima keputusan itu dengan reda.“Tersingkir pun tak mengapa sebab saya dapat menyanyi lagu yang saya suka dan lagu Bunga ini antara salah satunya, saya tahu susah tapi saya cuba.
“Mungkin tak ada rezeki, banyak salah sana sini. Masa Ara datang itu pun sudah memberikan semangat pada saya.
“Stage fright di pentas GV berbeza sebab ini pertandingan yang ada juri, peminat, netizen, lain dengan kita buat persembahan biasa.“Cuma masalah stage fright itu memang setiap minggu ada. Dengan masalah ear monitor yang kadang kadang okay kadang kadang tidak, tapi pada saya itu masalah saya sendiri. “Tapi itu tugas kita, sebagai penghibur di pentas seharusnya kena cepat belajar, mungkin salah saya sendiri sebab lambat belajar. Untuk berjaya sampai minggu keenam ini pun saya dah bersyukur.
“Sebelum ini bila menyanyi sendiri atau semasa sesi latihan saya rasa okay tapi bila ada di atas pentas tu jadi tak okay.
“Bagi saya tidak ada masalah kalau menyanyi di tempat lain, tapi untuk pentas GV itu sendiri memang betul betul ada satu keadaan yang berbeza untuk saya.
“Bagi saya itu normal, selalunya tak akan jadi semacam mana yang kita rancang, pertandingan lain dengan persembahan biasa.
“Sebab saya pun bukan lahir dari material pertandingan, saya tak pernah masuk pertandingan apa-apa sebelum ini, mungkin masa kecil pernahlah dua tiga kali,” jelasnya.
Minggu keenam menyaksikan Illa dan Reshmonu diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.
Kesemua bintang diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S selaku ketua juri.
GV11 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse namun bermula minggu keenam, pelakon, Sherry Alhadad menggantikan tempat Jihan yang bakal bersalin tidak lama lagi.
GV11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Rancangan ini juga dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Must-Watch Video