Terkini
Gegar Vaganza 11: Liza Aziz Kembali Rampas Kedudukan Pertama, Illa Sabry & Reshmonu Pula Tersingkir
Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Liza Aziz berjaya kembali menduduki tangga pertama selepas dua minggu menjadi milik Ronnie Hussien dan Sheila Abdull.
Kemenangan itu sekali gus memberikan Liza Aziz membawa pulang Anugerah Terpaling Adabi dan wang tunai berjumlah RM2,000 dan barangan Adabi sebanyak RM500.
Dadali Dyrga dan Sheila Abdull pula berjaya menduduki tempat kedua dan ketiga.
Sementara itu,Arorra Salwa, Illa Sabry, dan Reshmonu kurang bernasib baik apabila berada ditangga tiga terbawah.
Namun perjalanan Illa Sabry dan Reshmonu dalam GV11 terhenti apabila tiada lagi lagu diumumkan semasa segmen Ada Lagu, Ada Lagi.
Untuk minggu ketujuh, bintang yang masih kekal dicabar dengan tema ‘Gwencana’ di mana bintang-bintang GV dicabar untuk menyanyikan lagu diluar kebiasaan mereka.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Must-Watch Video