Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: “Illa & Reshmonu Paling Rapat Dengan Saya” - Zehra Zambri Tak Tahan Sebak, Terkejut Dua Penyingkiran Sekaligus
Bintang Gegar Vaganza musim 11 (GV11) Zehra Zambri akui sebak sebaik sahaja nama Illa Sabry dan Reshmonu diumumkan sebagai bintang yang tersingkir di minggu keenam.
Sebak Illa Sabry & Reshmonu tersingkir, paling rapat
Menurut Zehra, dua bintang itu merupakan yang paling rapat dengan dirinya dan sudah dianggap seperti kakak dan abang.
“Terkejut sebab dua penyingkiran dan mereka berdua agak rapat dengan saya dan saya sudah anggap seperti seorang kakak dan abang.
“Mereka banyak memberi nasihat dan mengambil berat. Sebagai contoh, bilik rehat saya dan Illa berdekatan dan kami sering berjumpa.
“Jadi saya agak sebak dan terkejut apabila diumumkan dua penyingkiran sekaligus,” katanya kepada Gempak.
Zehra berkata demikian ketika ditemui usai konsert keenam GV11 bertempat di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.
Tersingkir bukan bermakna tak bagus
Dalam pada itu, Zehra juga berharap agar Illa dan Reshmonu kembali memeriahkan industri muzik.
“Kita tak tahu lagi kan apa lagi kejutan yang akan datang, begitulah GV punya penangan. Tapi kita tahu bila tersingkir daripada GV ini bukan bermakna mereka tak bagus.
“Mungkin nasib masih menyebelahi kami yang lain. Insya-Allah saya harap ukhwah kita akan berkekalan walaupun ada yang kecundang.
“Saya harap Illa, Reshmonu terus semangat dan kembali aktif menyanyi semula dilapangan yang terbaik untuk kembali smula memeriahkan industri seni,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: Liza Aziz Kembali Rampas Kedudukan Pertama, Illa Sabry & Reshmonu Pula Tersingkir
ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: Alami Muntah-Muntah, Illa Sabry Dedah Sering Jatuh Sakit Setiap Minggu – “Saya Tak Rasa Orang Berniat Tak Baik”
ARTIKEL BERKAITAN:Berbulan-Bulan Lakukan Solat Sunat Istikharah, Zehra Zambri Tenang Buat Keputusan Sertai GV11 - "Ini Bukan Mudah"
ARTIKEL BERKAITAN:GV11: Zehra Zambri Tak Menyesal Berhenti Kerja - "Ini Juga Minat Saya Dari Dulu, Cuma ..."
ARTIKEL BERKAITAN:“Niat Kami Bukan Untuk Memalukan” - Datuk Syafinaz Selamat Jelaskan Tugas Juri Menilai & Beri Input
Minggu keenam menyaksikan Illa dan Reshmonu diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.
Kesemua bintang diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S selaku ketua juri.
GV11 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse namun bermula minggu keenam, pelakon, Sherry Alhadad menggantikan tempat Jihan yang bakal bersalin tidak lama lagi.
GV11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Rancangan ini juga dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Must-Watch Video