HIBURAN
"Kalau Saya Tahu Manisnya Berkahwin, Dah Lama Saya Kahwin" - Eyka Farhana
Pelakon popular, Eyka Farhana, berkongsi rasa syukur atas kehidupan rumah tangganya yang baru dibina bersama pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid.
Menerusi satu hantaran di platform Thread, Eyka berkongsi pengalaman manis bergelar isteri sambil menitipkan doa buat mereka yang masih menantikan jodoh.
“Kalau saya tahu manisnya berkahwin, dah lama saya kahwin. Alhamdulillah syukur ya Allah. Saya doakan semoga yang belum berjumpa jodoh akan jumpa jodoh yang terbaik untuk anda,” tulis Eyka.
Dalam perkongsian itu, Eyka turut menekankan pentingnya mendoakan perkara baik untuk diri sendiri dan orang lain.
Katanya, doa yang ikhlas boleh membuka pintu rezeki dan membawa kebaikan dalam hidup.
“Doa yang baik-baik untuk diri sendiri dan orang lain, walaupun kita tak kenal. Mendoakan yang baik itu satu cara kebaikan datang balik pada kita. Dari mendoakan benda yang tak elok, lebih baik kita perbaiki diri kita,” tambahnya.
Eyka pada masa sama menegur sikap segelintir masyarakat yang gemar melontarkan kata-kata negatif.
“Saya nampak banyak sangat lately ni orang yang mendoakan benda yang tak sepatutnya. Kan kata-kata itu satu doa. Jadi sentiasalah berbuat baik, bercakap perkara yang baik tentang diri kita dan juga orang lain,” pesan Eyka.
Must-Watch Video