Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

GV11: Astro Kekalkan Gandingan Nabil dan Jihan, Magis Keserasian yang Sukar Ditandingi

Asyraf Roslan
08/11/2024 02:55 MYT
Penganjuran Gegar Vaganza tahun ini menyaksikan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sekali lagi diberi peluang untuk menerajui program realiti pilihan penonton itu.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad, keserasian pasangan pengacara itu bersama barisan peserta dan juri antara sebab mereka berdua masih dikekalkan.

ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Kembalikan Format Asal, Produksi Dengar Rayuan Peminat - “Mereka Mahu Lihat Penyanyi Lama, One Hit Wonder Beraksi"

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Beri Momen Terindah, Ning Baizura Sertai GV 11 Kerana Ibu - “Bukan Untuk Menagih Simpati, Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Sanggup Ambil Cuti 4 Bulan Tanpa Gaji, Arrora Salwa Ambil Kelas Vokal Untuk Persediaan - “Kalau Dulu Saya Mungkin Kosong Tapi…”


“Sebenarnya Gegar Vaganza ini kebanyakan yang berlaku adalah secara organik.

“Seperti lawak pengacara, keserasian antara hos, peserta dan juri benda itu bukan satu benda yang dibuat-buat. Itulah merupakan antara sebab kita kekalkan line up yang sama,” kata Raqim.

Raqim juga menjelaskan pihak produksi juga pernah cuba melihat beberapa pasangan lain untuk mengantikan Nabil dan Jihan namun magis itu tiada.

Meskipun mengekalkan pasangan tersebut untuk musim kesebelas, Raqim berkata pihak produksi tidak mahu terlalu yakin kerana ada juga peminat yang mahukan pembaharuan dalam rancangan tersebut.

“Saya rasa untuk dapatkan keserasian, untuk dapatkan sesuatu yang menghiburkan itu bukan sesuatu yang mudah.

“Kita dah pernah cuba sebelum ini, ada juga rancangan-rancangan kita ambil gabungan hos dan barisan juri yang lain cuma magis itu kita tak dapat.

“Tapi dengan GV kita dapat cuma kita tak boleh terlalu yakin kerana peminat juga ada kala mereka mahu sesuatu yang baharu.

“Untuk kita tahun ini, bagi pengacara kita kena pastikan mereka ada penambahbaikan dari segi pengacaraan, sudah pasti kita dengar komen netizen yang kata lawak sama jadi tahun ini janjinya adalah untuk berikan sesuatu kelainan,” kata Raqim.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini juga masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
GV 11 bakal bermula pada 24 November ini dan berlangsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).

Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.

#Nabil Ahmad #Jihan Muse #Gegar Vaganza #GV #11 #Raqim Ahmad
;