gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Gagal Tahan Air, Sophia Albarakbah Serah Kes Serangan Siber Pada Peguam - “Perkara Paling Buruk Pernah…”
HIBURAN
Bunga Isme Kongsi Pengorbanan Demi Ijazah & Ibu, Pernah Terdetik Berhenti Menyanyi - “Gagal Dua Kali, Naik Tren 6 Pagi, Ulang Alik Seremban…”
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Didie Shazry Buktikan Boleh Menyanyi Tanpa Gitar, Kini Bidik Gelaran Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

RAISE THE STAR MY

Raise The Star Malaysia: Didie Shazry Buktikan Boleh Menyanyi Tanpa Gitar, Kini Bidik Gelaran Juara

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
08/08/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
Raise The Star Malaysia: Didie Shazry Buktikan Boleh Menyanyi Tanpa Gitar, Kini Bidik Gelaran Juara

Bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY), Didie Shazry akui ingin membuktikan bahawa dirinya mampu menyanyi dengan baik walaupun tanpa menggunakan gitar sebagai alat pengiring.

Menurut Didie, minggu separuh akhir ini menjadi peluang untuk menunjukkan sisi berbeza dalam persembahannya.

“Sebenarnya, di minggu separuh akhir ini saya cuba buktikan yang saya boleh menyanyi tanpa guna gitar. Saya nak tunjukkan kepada orang ramai meskipun tanpa gitar saya masih boleh nyanyi dengan baik dan berikan aura saya kepada orang,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan membawakan instrumen apa yang bakal dipersembahkan di pentas akhir.
Penyanyi muda kelahiran Sabah ini enggan berkongsi lagi malah meminta agar penonton nantikan persembahan terakhirnya di RTSMY. “Rahsia, saya tak boleh kongsi lagi akan guna instrumen apa tapi nantikan,” jawabnya ringkas.
Didie berjaya melayakkan diri ke pentas akhir selepas berjaya memperoleh markah keseluruhan sebanyak 71.26 peratus menerusi persembahannya dengan lagu Cantik dan Putri Iklan nyanyian asal ST12.
Topic Berkaitan
#Raise The Star Malaysia
#Didie Shazry
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement