,
Gegar Vaganza 2021

Ani Maiyuni Dedah Punca Tak Sanggup Ziarah Kubur Arwah Maya Matahari - "Akak Tak Boleh, Kalau Pergi Nanti ..."

Amri Hassan
09/12/2021
02:55 MYT
Keakraban penyanyi Ani Maiyuni dan bekas bintang GV, Allahyarhaman Mya Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari umum mengetahui sangat rapat melebihi daripada rakan selebriti.
BACA: Maya Matahari Meninggal Dunia
Mengimbas semula kenangan bersama arwah, Ani gagal menahan sebak dan mengalirkan air mata.
"Dia bukan kawan dia macam keluarga. Dia panggil saya bukan Ani Maiyuni tau tapi Anne. Maya datang KL duduk dengan nenek saudar sebelah suami saya.
"Jadi sebelum saya kenal dengan suami saya, saya memang rapat dengan Maya. Macam mana saya rapat dengan Ieda Moin macam itulah saya rapat dengan Maya. Kami ini macam keluarga sebenarnya. Saya tak boleh bercerita pasal dia sebab terlalu sedih," katanya ketika ditemui pada konsert ketiga GV8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya baru-baru ini.
Menyentuh tentang keperibadian arwah Maya, kongsi Ani, beliau merupakan individu yang sangat positif dan seboleh-boleh enggan orang sekelilingnya bersimpati atas nasib yang menimpanya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
"Dia orang yang sangat positif dia tak nak kawan-kawan dia rasa kesian. Bila dapat tahu dia meninggal, Ieda call saya cakap dia dah tak ada. Ieda boleh pergi tapi saya tak boleh pergi, tak kuat.
"Kami dari rakan selebriti yang sama sama dulu aktif bola jaring dan tiba-tiba dia berhenti sebab dia sakit. Dia bagi alasan ada masalah lutut dan sebagainya sebab nak tutup penyakit.
"Sebelum dia dapat GV dia pernah cakap nak masuk GV tapi tak ada rezeki lagi, dia sanggup tolak tawaran lain untuk masuk. Bila dia dapat GV, saya adalah orang yang paling gembira sebab dia terlalu berharap untuk masuk. Sebelum dia pejam mata, dia dah dapat merasa apa yang dia nak," tambah Ani.
Air mata Ani makin deras mengalir. Terus katanya biarpun tidak berkongsi karangan kenangan bersama arwah tidak bermakna dia telah melupakan arwah.
"Kami jarang post yang cakap kami ini rapat. Saya tak macam orang lain yang pandai kongsi di media sosial dan kongsikan kronologi persahabatan dan sebagainya. Tetapi kami tahu sentiasa ada diantara satu sama lain.
"Saya paling rindu bila duduk dengan dia dan berkongsi mengenai keluarga masing-masing.
"Kami sangat rapat, pernah ada acara persembahan bersama-sama. Duduk bersama-sama, bertepuk tampar macam adik beradik.
"Masa dia meninggal, saya tak dapat pergi nanti meraung menangis lagi teruk. Ceritakan pasal ini pun saya dah terlalu sedih bayangkan pula ketika itu ‘nampak’ jasad dia," kata Ani lagi.
Maya telah menghembuskan nafas terakhir pada 18 Mac 2020 di pangkuan ibunya ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta di Sungai Buloh.
Difahamkan, Maya menghidap kanser sarcoma tahap empat yang telah dideritai sejak beberapa tahun sebelum itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV11: Tema ‘Kembali Menyengat’ Jadi Taruhan Di Pentas Pembukaan, Semak Senarai Lagu Minggu Pertama

gempak
22/11/2024
11:25 MYT
Dengan bertemakan “Kembali Menyengat” 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
Hiburan

Pemain Gitar Utama Spider, Napie Meninggal Dunia

gempak
22/11/2024
00:08 MYT
Pemain gitar utama Spider, Hanafi Hamdan atau Napie meninggal dunia selepas lebih empat bulan diserang angin ahmar.
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar