HIBURAN
Adira Salahudi Teruk Dikecam, Netizen Sakit Mata Lihat Baju Ketat, Sendat - “Rindu Awak Yang Dulu, Seksi Seksi Nak Pergi Mana?”
Usahawan dan personaliti media sosial, Adira Salahudi mendapat perhatian netizen selepas memakai dress jenamanya sendiri.
Tak sesuai baju ketat, imej bertudung
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, difahamkan Adira memulakan bisnes baharu itu dengan mengeluarkan lima warna berbeza.
Bagaimanapun lain pula jadinya apabila Adira teruk dikecam dan ditegur netizen yang kurang senang melihat rekaan pakaian itu.
Malah mereka juga melabelkan pakai pakaian yang dijual itu sebagai ‘dress akhir zaman’.
Kata netizen, pakaian yang disarungkan Adira itu terlalu ketat dan kelihatan sendat di bahagian badannya.
Malah ada juga yang meluahkan rasa kecewa melihat penampilan Adira sekarang dan merindui dirinya yang dahulu dan lebih sopan.


Berikut merupakan antara hantaran video Adira yang teruk dikecam:
@adirasalahud1 Jj satu kali @NatasyaNazreen We both pakai Deara Quintessa Dress @DEARA HQ ♬ suara asli - Akbar Chalay
Must-Watch Video