Gegar Vaganza 2021
“Dia Risau, Tahu Vokal Dia Tidak Seberapa” - Raf Beri Semangat, Mohon Datuk Fazley Jangan Putus Asa
Keakraban hubungan adik-beradik antara pelakon Raf Yaakob dan abangnya, bintang GegarVaganza 8 (GV8) Datuk Fazley sememangnya diketahui umum.
Terbaharu, Raf berkongsi perasaannya mengenai persembahan yang disampaikan oleh Datuk Fazley di pentas GV8 yang berlangsung pada Ahad.
Menurut Raf sewaktu melihat persembahan abang kesayangannya, dia juga tidak dapat menahan sebak kerana teringat arwah bapa mereka.
“Saya tahu ia bukan lagu yang mudah, tetapi anda telah mencuba yang terbaik @fazleyyaakob. Walaupun saya menjaringkan gol di Old Trafford, saya menangis selepas perlawanan.
“Sebak sebab saya rasa macam… Alangkah baiknya arwah bapak boleh tengok saya bermain di Old Trafford dari tempat duduk.
“Even @cristiano pun nangis bila score and teringat kat mendiang bapak dia,” coretnya.
Kongsi Raf lagi, Fazley juga banyak meluahkan isi hatinya sebaik sahaja mengetahui diterima sebagai salah seorang bintang GV8.
“@fazleyyaakob banyak mengadu dekat Raf waktu dapat tahu dia akan masuk #GegarVaganza #GV8. Yang dia risau, dia tahu vokal dia tak seberapa berbanding peserta2 #GV8 lain.
“Suara mereka memang hebat-hebat belaka! Dasyat! Terutamanya @adibahnoormohdomar, @aweera_official, @nikki.palikat, @iamsukilow dan @iamaliffaziz. Salute habis sama you all.
“Tetapi saya memberitahu abang saya, ‘tak apa balong, buat yang terbaik dan nikmati persembahannya,” coretnya.
Bagaimapun kata Raf, sebagai adik dia akan sentiasa berada di sisi abangnya tidak kira sama ada susah atau senang.
Selain memberikan semangat kepada Fazley, Raf juga berharap Fazley kuat dan tidak berputus asa.
Tersingkir atau tidak, Raf menyatakan segalanya terletak pada takdir dan yang paling penting ikuti segala nasihat yang diberikan juri.
“Selebihnya serahkan kepada Allah SWT. Terpilih dapat masuk #GV8 pun dah satu penghormatan besar untuk awak.
“Lagi pun awak menyanyi dengan baik balong. Banyak yang boleh diperbaiki pastinya. Ikuti apa sahaja nasihat yang diulas oleh hakim.
“Teruskan berlatih, teruskan bekerja keras seperti selalu. Next week kita layan Dangdut pulak. Kita happy-happy pulak. Jom gooooooo.
“P/S: Arwah bapak pasti bangga dengan awak. Arwah bapak dah tak ada, tetapi awak ada saya.. Saya sentiasa bersama dalam susah dan senang. Love you,” coretnya.
Terdahulu, Fazley menyampaikan lagu berjudul Laguku Untukmu dan mendapat markah sebanyak 56%.
Minggu ini merupakan minggu kedua Fazley berada di kedudukan tiga terendah untuk konsert GV8.
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Must-Watch Video