,
Gegar Vaganza 2021

GV8: Upiak Isil Nyaris Tersingkir, Terselamat Konsert Ke-5! Juri Kata; "Lupa Lirik & Masih Takut-Takut"

Hanafis Haris
19/12/2021
16:00 MYT
Tiada sebarang penyingkiran pada konsert kelima Gegar Vaganza lapan (GV8) yang berlangsung sebentar tadi.

Walau bagaimanapun, Upiak menjadi bintang GV tercorot dengan hanya sekadar 57 peratus selepas membawakan lagu Pengemis Muda (Datuk Sheila Majid).

Menurut juri, Upiak masih takut-takut dan berkira-kira dengan persembahan minggu ini.

Nikki Palikat pula menjadi bintang dentan markah tertinggi iaitu 78.50%.
Bertemakan Dulu Lain Sekarang Lain, persembahan bintang pada konsert kelima dinilai oleh juri tetap GV8, Datuk Ramli Ms, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala juri jemputan pula Datuk Yusof Haslam.
Berikut merupakan markah penuh peserta:
  • Nikki Palikat (Gelombang) -78.50%
  • Aliff Aziz (Memburu Impian) -77.8%
  • Ani Mayuni (Kucu Kuca) - 67.8%
  • Suki Low (Dancing Queen) -65.8%
  • Aweera (You Give Love A Bad Name) - 64.6%
  • Adibah Noor (Gajah) - 63.9%
  • Azan Scan (Mimpi) - 62.9%
  • Sa.Ya (Terakhir) -59.6%
  • Shidee (Lembah Kesepian) - 57.8%
  • Bandi (Purnama) -57.6%
  • Upiak Isil (Pengemis Muda) -57%
Konsert minggu kelima yang dikenali sebagai GV Kongsi Kasih ini dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Kak Lina Pom Pom menggantikan Jihan Muse yang terkesan akibat banjir.
Menerusi GV Kongsi Kasih, Astro melalui Yayasan Astro Kasih akan menghulurkan bantuan sebanyak RM80,000 kepada Tabung Bantuan Bencana Negara NADMA dan Mercy Malaysia (RM40,000 setiap pertubuhan) bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terkesan dengan musibah yang melanda negara pada ketika ini.
BACA: Peka & Prihatin Musibah Banjir, Derma Disalurkan Di Konsert GV Kongsi Kasih Malam Ini
Terdahulu, di awal konsert Azan Scan diumumkan sebagai pemenang Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi manakala Bintang Cuckoo Paling Gempak pula dimenangi Saiful Apek dan Yasin (SAYA).
GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

gempak
28/08/2024
02:20 MYT
Penyanyi Tom berkongsi detik pertemuan semula dia dengan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahmad ketika di sidang media program Gegar Vaganza (GV9).
Hiburan

Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”

gempak
18/07/2024
07:02 MYT
Penyanyi Datuk Aishah mengakui pernah berhadapan dengan gangguan mistik sepanjang kariernya selama lebih empat dekad dalam arena seni.
Berita

Cliff Umar Mengaku Bersalah Miliki Dadah

gempak
30/05/2024
08:42 MYT
Juara sebuah program realiti TV, Cliff Umar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas pertuduhan memiliki dadah jenis heroin, Ahad lalu.
Hiburan

Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”

gempak
06/05/2024
00:55 MYT
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.
Hiburan

"Forteen Tak Pernah Bergaduh Dengan Izzue Islam, Kami Masih Akrab" - Ameerais

gempak
13/02/2024
05:49 MYT
Anggota kumpulan trio Forteen, Ameerais menafikan wujud pergeseran dengan penyanyi dan pengacara Izzue Islam.