,
Gegar Vaganza 2021

“Sweet Kan?” -Awww! Ernie Terima Hadiah Bintang Cuckoo Paling Gempak Daripada SaYa, Hadiah Untuk Baby Katanya!

Hanafis Haris
27/12/2021
10:34 MYT

Penyanyi Ernie Zakri meluahkan rasa terujanya apabila dapat berduet bersama bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Saiful Apek dan Yassin (SaYa) malam semalam.

Tambah bermakna, Ernie turut menerima hadiah ‘Bintang Cuckoo Paling Gempak’ daripada kumpulan berkenaan.

“Syukur alhamdulillah. Antara malam malam yang bermakna sepanjang karier Ernie. Ramai juga yang tahu, Ernie dan Syamel memang peminat Senario.

“Bila tahu dapat bergandingan bersama abang abang SaYA terus kita on,” katanya.

Menurut Ernie, dia juga kagum dengan kesungguhan kumpulan tersebut dan menyifatkan ia sebagai faktor utama mereka kekal relevan hingga hari ini.

“No wonder lah mereka bertahan begitu lama dalam industri, disiplin dan determination mereka sangat memberi inspirasi pada Ernie.

“Rasa sebak pula semalam on stage walaupun baru 3 hari dapat belajar sama sama lagu Hampir Ke Situ.

“Paling terharu, abang-abang SaYa bagi Bintang Cuckoo Paling Gempak kat Ernie semalam, sweet kan?,” katanya menerusi satu posting di Instagram.

Sementara itu, kumpulan SaYA ketika ditemui malam semalam menjelaskan pemberian ‘Bintang Cuckoo Paling Gempak’ kepada Ernie dan Syamel sebagai satu hadiah buat kelahiran anak pasangan itu kelak.

“Kita bagi kepada Ernie sebab dia paling layak. Malah plak yang diterima tu adalah untuk bayi yang bakal lahir nanti,” jelas mereka.

Sekadar info, Upiak Isil menjadi bintang GV8 ketiga yang tersingkir pada konsert minggu keenam yang bersiaran secara langsung pada Ahad.

Upiak mendapat markah 56.3% gagal meneruskan perjuangan pada minggu yang berbaki cuma empat konsert.

Upiak yang menyanyikan lagu Sembunyi (Misha Omar ft Andi Flop Poppy) bersama Usop gagal memuaskan hati juri.

BACA : GV8: Beza 0.1% Dengan Bandi Amuk, Upiak Isil Tersingkir Dengan Markah ...

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Video Jelingan Di Backstage Konsert Tular, Ini Respons Siti Nurhaliza

gempak
15/04/2024
02:00 MYT
Sepotong video yang memaparkan secebis momen ‘genting’ sewaktu konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza berjaya meraih perhatian orang ramai baru-baru ini.
Hiburan

Takut Terjebak Isu Penyondol, Ini Cara Syamel Jaga Rumah Tangga Bersama Ernie Zakri!

gempak
14/03/2024
00:55 MYT
Syamel sentiasa berwaspada
Hiburan

Menjengah 3 Dekad Dalam Industri, Siti Masih Kekal Penyanyi No. 1 Negara

gempak
13/03/2024
12:00 MYT
Meskipun sudah beberapa hari berlalu, masih segar dalam ingatan momen-momen yang berlaku pada konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac lalu.
Laman Utama

Ernie & Syamel Sertai Konsert Patah Hati 2.0, Bunkface Pula Terpaksa Undur Diri

gempak
28/10/2023
11:50 MYT
Informasi terkini mengenai Konsert Patah Hati 2.0
Laman Utama

[VIDEO] Ernie Zakri Menangis Nak Beli ‘Candy Tiara’ - “Tolong Beritahu Kalau…”

gempak
25/08/2023
09:50 MYT
Sebak tengok jualan gula-gula anak Achey kan.l