Gegar Vaganza 6
GV2019: Kejutan Minggu Tiada Penyingkiran, Nurfatima Bernasib Baik! "Tapi Lepas Ni Mungkin Ada 2 Keluar Serentak!"
Minggu kelima konsert Gegar Vaganza 2019 (GV2019) menyaksikan tiada bintang yang tersingkir daripada terus bertanding.
Kekal seramai 10 bintang untuk meneruskan perjuangan, minggu tiada penyingkiran dianggap tuah buat Nurfatima yang berada di tangga tercorot minggu ini.
"Ada tiga orang juri, yang pasti tiga peserta tercorot sudah dikenal pasti cuma perbezaan markah bergantung pada juri-juri itu sendiri. Ada yang rendah dan sangat rendah!
"Minggu ini Nurfatima bernasib baik kerana tiada penyingkiran. Itu peluang terbaik dia dan akan menjadi perkara yang merugikan sekiranya dia tersingkir," kata ketua juri, Datuk Ramli MS.
Sementara itu, jelas Pengurus Saluran Astro Ria & Ria HD, Emarina Kamal, pihaknya sudah merancang dari awal bahawa minggu kelima menjadi minggu tiada penyingkiran peserta.
"Kalau diperhatikan daripada musim terdahulu akan ada episod yang tiada penyingkiran dan sama seperti kali ini, ia sudah dirancang daripada awal.
"Jika diikutkan ada 10 peserta sekarang dan terdapat lebihan masa untuk konsert, sekiranya ada penyingkiran kandungan akan menjadi pendek.
"Bagaimanapun, tidak mustahil nanti untuk minggu seterusnya akan ada dua penyingkiran serentak. Namun, ia berdasarkan perbincangan dengan pihak juri berdasarkan persembahan minggu tersebut," tambahnya.
Nurfatima yang menyanyikan lagu Can't Fight The Moonlight (LeAnn Rimes) nyaris menjadi bintang keempat tersingkir selepas Kool, Ameer Sofazr dan Mazleela.
Namun, penyanyi yang kini menetap di Australia itu beruntung kerana diselamatkan pada minggu tiada penyingkiran.
Konsert kelima menyaksikan Naqiu kembali merampas takhta juara mingguan menerusi persembahan bertenaga lagu Di Ambang Wati.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Must-Watch Video