Gegar Vaganza 6
"Jodoh Tu Susah Sangat ..." - 10 Tahun Menjanda, Feeza Minat Lelaki Macam Remy Ishak?
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Feeza Shaari mengakui pelakon Remy Ishak memiliki sebahagian ciri-ciri lelaki idamannya.
Kata Feeza, dia mengagumi cara lakonan aktor itu bukan semata-mata berlandaskan fizikal.
"Minat lelaki seperti Remy Ishak itu sekadar berjenaka sahaja. Saya minat lakonannya. Nampak kelelakian tu!
"Bukanlah minat dia secara fizikalnya. Lagipun, kalau berkawan dengan seseorang pun selama ini tak pernah pula dapat lelaki seperti Remy," kata Feeza.
Ketika konsert pertama GV2019 Ahad lalu, Feeza mendedahkan dia kini berstatus janda dan turut mengagumi jejaka seperti Remy Ishak.
Dalam pada itu, Feeza akui berstatus ibu tunggal tidak mematahkan semangatnya untuk terus membesarkan keempat anaknya yang kini sedang menempuh alam remaja.
"Sudah 10 tahun saya bergelar ibu tunggal dan situasi itu sudah jadi biasa bagi saya.
"Soal terbuka hati atau tidak saya serahkan pada takdir. Mungkin jodoh itu susah sangat... Ada orang kita suka tapi jalan pula tak kesampaian.
"Fokus saya sekarang untuk membesarkan keempat-empat anak saya yang memerlukan perhatian saya," kata Feeza.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV2019 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh tiga penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Must-Watch Video