,
Gegar Vaganza 6

“Saya Kuat Di Stage Hari Itu, Tapi Bila Balik...”- Wann GV2019

Syafiqah Jalal
18/12/2019
04:19 MYT
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Wann Rashidah yang tersingkir di konsert separuh akhir yang lalu akui terharu apabila menerima kata-kata semangat daripada peminatnya.
Menurut Wann dia lebih sedih apabila mendapat tahu ramai yang telah menyokongnya.
“Saya kuat di stage hari itu, tapi bila balik, baca text dari kawan-kawan dan peminat terus meleleh sebab terharu dengan sokongan anda,” tulisnya.
Wann berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.
BACA: “Ada Hikmah Saya Tidak Ke Final Sebab...”- Wann Dah Jangka Tersingkir Di Konsert Separuh Akhir GV2019
Dalam Separuh Akhir GV2019, Wann menyanyikan lagu Dua Insan duet dengan Zarul Umbrella serta lagu solo Ku Gembira Di Sampingmu.
Selain Wann, Noorshila Amin juga menerima nasib sama apabila bintang itu turut tersingkir pada konsert separuh akhir itu.
Noorshilla membawa lagu Kerna Terpaksa dan Dialah Di Hati (duet bersama Ifa Raziah) manakala Wann menyanyikan lagu Ku Gembira Di Sampingmu dan Dua Insan (duet bersama Zarul Umbrella).
Hady Mirza pula berjaya menggungguli kedudukan tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 82 peratus menerusi lagu All My Life dan Takdir Tercipta (duet bersama Dia Fadilla).
Untuk rekod, GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Jika anda terlepas menonton konsert minggu ketiga GV2019 atau ingin menonton secara 'live streaming'.
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut ditaja bersama oleh Adabi, Cuckoo, Powercat, Uphamol dan Digi selaku telco rasmi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Berbulan-Bulan Lakukan Solat Sunat Istikharah, Zehra Zambri Tenang Buat Keputusan Sertai GV11 - "Ini Bukan Mudah"

gempak
14/11/2024
05:55 MYT
Bintang Gegar Vaganza musim 11 (GV11), Zehra Zambri, akui mengalami detik sukar untuk membuat keputusan beberapa bulan sebelum menyertai rancangan realiti hiburan popular itu.
gegar-vaganza-11

GV11: Reshmonu Teruja, Sahut Cabaran Nyanyikan Lagu Dangdut - "Itu Memang Susah, Saya Pun Tak Dengar ..."

gempak
11/11/2024
03:55 MYT
Sebagai penyanyi, Reshmonu memandang GV ini merupakan satu konsep pertandingan yang serius berbanding program, Masked Singer yang pernah dia sertai dahulu.
gegar-vaganza-11

GV11: Astro Kekalkan Gandingan Nabil dan Jihan, Magis Keserasian yang Sukar Ditandingi

gempak
08/11/2024
02:55 MYT
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad, keserasian pasangan pengacara itu bersama barisan peserta dan juri antara sebab mereka berdua masih dikekalkan.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Atie Sedih Tersingkir Sebelum Final - "Enam Lain Lagu Hebat, Tapi Lagu Saya Kurang Bertenaga"

gempak
27/10/2024
05:55 MYT
Tersingkir di minggu separuh akhir,  peserta Kilauan Emas 2024, Atie luah rasa sedih kerana ini merupakan impiannya yang sudah lama dia menyimpan.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Lari Tempo Semasa Nyanyian, Budin Terkilan Tak Dapat Penuhi Kehendak Datuk Hattan

gempak
20/10/2024
06:55 MYT
Tersingkir di suku akhir, peserta Kilauan Emas 2024, Budin akui terkilan dengan persembahannya di pentas minggu keenam.
Unitar