Gegar Vaganza 7
“Aku Suka Betul Dengan Eva Ni…Ada Chance Masuk Final Ni…” – Baru 3 Minggu, Kumpulan Eva Dah Jadi Pujaan Peminat GV7!
Peningkatan demi peningkatan yang ditunjukkan bintang Gegar Vaganza (GV) 7, Kumpulan Eva mula mencuri perhatian sebahagian besar peminat program realiti popular tersebut.
Di minggu pertama GV7 mungkin masih ramai yang skeptikal terhadap Eva yang dianggap ‘underdog’ dan bukanlah pencabar kepada mana-mana bintang, tambahan lagi mereka hanya menyanyikan lagu sendiri.
Mengejutkan apabila persembahan pada minggu tersebut berjaya meletakkan Eva di kedudukan empat teratas.
Namun, pada minggu kedua kumpulan Eva yang terdiri daripada Linda, Izzu, Rina dan Mimmi tetap memberikan yang terbaik apabila berjaya menyanyikan lagu ‘Cinta Antara Benua’ dengan baik.
Terus bersemangat walau dihujani kritikan, Eva kembali dengan persembahan menarik menerusi ‘Hang Pi Mana’ dan menunjukkan banyak peningkatan berbanding minggu-minggu sebelumnya.
Persembahan Eva pada minggu ketiga turut mendapat pujian ramai termasuk pengarah drama dan filem popular, Michael Ang.
Menerusi laman sosial Twitter, Michael menulis ciapan jika Eva terus mengekalkan prestasi seperti ini mereka mempunyai harapan melangkah ke pentas akhir GV7!
Menerusi pemerhatian Gempak pula, perkara lain yang menarik mengenai Eva ialah mereka bijak menggunakan pentas, memilih busana setiap minggu dan pemilihan lagu juga menarik.
Jadi tak hairanlah jika Eva kelihatan outstanding pada setiap minggu! Cayalah!
Minggu keempat bertemakan ‘Lagu-Lagu Berhantu’, Eva bakal menyanyikan lagu ‘Kini’ sebuah lagu ‘legend’ daripada Feminin…Ramai yang dah tak sabar nak tunggu Ahad! Fuhhh!
Adakah Eva akan membawa kembali nostalgia Feminin ke pentas GV? ‘Step’ tarian tu rasanya ramai yang tunggu…
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan GV7 bermula 11 Oktober 2020.
Must-Watch Video