GV7: Oja Rampas Kedudukan Pertama! Ini Recap Dan Komen Juri Minggu Ketujuh
Mya Amri
23/11/2020 05:10 MYT
23/11/2020 05:10 MYT
Minggu ini menyaksikan perjalanan Aju Success terhenti di pentas Gegar Vaganza (GV7).
Aju bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada peminat kerana sokongan yang tidak berbelah bahagi.
Dalam pada itu, buat pertama kalinya Oja berjaya menduduki tangga teratas sepanjang GV7 berlangsung.
BACA: Aju Success Tersingkir - "Saya Pun Tak Percaya Dapat Bertahan Hingga Minggu Ketujuh"
BACA: Corat-Coret GV7: Aju Rindu Ibu, Anak Dara Tok Ram Cantik, Muss Belum Rezeki Timang Anak
Minggu ini persembahan bintang dinilai oleh juri tetap GV7, Datuk Ramli Ms dan Datuk Khadijah Ibrahim manakala juri jemputan pula adalah Ad Samad dan Saiful Apek.
Berikut merupakan markah penuh dan recap komen juri di minggu ketujuh.
1. Oja - Amalina (73.70%)
“Almost speechless. Orang belakang tabir, kita semua tahu siapa Oja, kita semua tahu kebolehan dan kehebatan Oja. Saya memang suka, awak menyatakan dengan perasaan,” - Ad Samad
2. Ashira - Sekilas Senyuman Mu (69.70%)
“Awak di sini ingat satu perkara bukan hanya untuk ambil bahagian tetapi untuk take over. Apa-apa kita buat enjoy dan kedua elakkan daripada orang poyo dan berkelakuan poyo,” - Ad Samad
3. Noraniza Idris - Canggung (69.60%)
“Saya tak layak nak cakap banyak, daripada note pertama akak bagi cantik je. Memang ada terkehel-kehel sikit tetapi sekali lagi akak took over lagu BBNU jadikan akak punya,” - Ad Samad
4. Yantzen - Bunga (69.00%)
“Dah memang awak tu rempit, macam mana nak tukar jadi macam Jamal, memang tak boleh. Awak adalah Yantzen, hari ini kurang sumbang dan semangat tu kamu lawan kuat,” - Datuk Ramli Ms.
5. Muss - Sembah (64.50%)
“Maaf kata ibu dapat rasa bila awak tahu awak buat kesilapan awak catch up. Awak buat dengan sangat baik. Fantastik, bertenaga, awak ada semuanya. Rasa macam tengok Scorpion,” - Datuk Khadijah Ibrahim
6. Linda Nanuwil - Suci Dalam Debu (64.40%)
“Dari segi vokal saya tak nak sentuh, pada Linda saya nak bagitahu dia sedang enjoy kebebasan dan kegembiraan dia. Lakukan apa yang anda suka adalah definisi kegembiraan yang sebenar,” - Saiful Apek
7. Ayu Damit - Jejaka Idaman (58.80%)
“Hujung-hujung okay tetapi daripada atas sampai lagu habis tu tak cukup shuffle. Dia punya jiwa tak sampai, di permulaan macam berselerak, macam rumah tak kemas dua minggu. Penceritaan, berjenaka, mengada-mengada tu yilek. Tapi persembahan itu adalah percubaan yang baik,” - Datuk Ramli Ms
8. Cliff Umar - Rozana (58.20%)
“Rasa macam tengah tengok konsert. Sikit-sikit tapi point masih mainkan peranan penting. It’s always your first note. Awak adalah salah seorang bintang yang ambil nota setiap kesalahan awak dan setiap minggu awak keluar dengan benda-benda yang berlainan,” - Datuk Khadijah Ibrahim
9. Aju - Hanya Rindu (57.80%)
“Hari ini saya nampak awak seorang penyanyi yang sukses dan ada value. Saya rasa dari segi penyampaian awak dengan gabungan muzik dan vokal begitu dapat dirasai,” - Saiful Apek
Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.