,
Gegar Vaganza 9

GV9: Mujur Tiada Penyingkiran! Pat Candy Tangga Terbawah Dengan 55.6%, Jac Terus Gemilang 85%!

Azwa Rahman
09/10/2022
16:23 MYT
Tiada penyingkiran! Semua 11 bintang bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) layak mara ke konsert kelima GV9 yang berlangsung pada Ahad di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Dalam pada itu, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara konsert malam ini apabila mendapat markah tinggi menerusi lagu You Raise Me Up nyanyian asal penyanyi antarabangsa Josh Groban.
Dengan bertemakan kerohanian, 11 bintang GV9 membawakan seleksi lagu ‘aman di mata, damai di hati’ yang diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
Pengacara hebat Sherry Alhadad bergandingan bersama Elly Mazlein bagi menggantikan Nabil Ahmad.
Anugerah Juara Next Level Digi pula dimenangi oleh Fuad Rahman selama empat minggu berturut-turut berdasarkan undian peminat menerusi Facebook Astro Gempak dan membawa pulang wang tunai RM1,000.
Selain itu, selaku juara minggu keempat, Jaclyn Victor juga turut memenangi anugerah Bintang Memukau Adabi dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan barangan Adabi bernilai RM500.
Manakala Tom memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian tertinggi di Facebook Astro Gempak dan membawa pulang sebuah penapis air Warrior Bernilai RM3,680.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
Jaclyn Victor - You Raise Me Up (85.00%)
Hetty Koes Endang: Lagu ini tingkat kesulitan sangat berat. Bunda kalau lebih bsngga kalau kamu nyanyi lagu berbahasa Melayu berbanding lagu barat. Tapi lagu ini memang makanan kamu. Mahu lanjut? Tundukkan lagu Melayu. Merinding bulu roma bunda, sukses.
Bob Yusof - Sumayyah (80.20%)
Syafinaz Selamat: Lower key, sedap? Saya tak rasa Bob perlu gementar. Bob bagus. Saya tahu pertandingan tapi cuba Bob perlu percaya pada diri Bob. Pada saya persmebahan tadi dari mula sampai akhir sangat konsisten. Kelebihan Bob yang saya lihat adalah konsistensu. Cuma saya perlukan sedikit X-factor, mungkin tekan minyak lebih sikit ke. Fikirkan apa lagi yang boleh buatkan kami wow!
VE - Kaulah Segalanya ( 79.10%)
Ramli MS: Wow! Saya baru sedar bila korang nyanyi tadi actually dari mula sampai habis ia satu perkara yang baru. Lagu asal dengan yang kamu arrange dia berbunyi baru, susah tau. Kamu ada 3 hari je, bagus. Im very happy dengan cara korang bekerja.
Tomok - Kau Yang Satu (77.60%)
Ramli MS: Tomok, bila kamu jumpa huruf B, avoid bunyi pop B dan P. Its just technical. You berada di trek yang betul. Understand lagu. Ada banyak lagu lagi okay, good.
Hazrul Nizam - Ku Mohon (75.70%)
Syafinaz Selamat: Hazrul, jauh sangat perjalanan you dari minggu pertama. Sekarang rasa macam lebih selesa, lebih mudah menyanyi, dapat menyampaikan emosi yang you nak sampaikan dengan terus menusuk penonton. You're ada such a beautiful voice, sangat menyamankan. Sedap, tenang bila dengar. Tapi masih membangkitkan semangat kita dengar. Very good. Saya suka penyampaian tadi walaupun tidak bergelojak tapi masih boleh rasa graf persembahan ada peningkatan. Kemudian menurun. We can feel apa yang you rasakan. Cuma bila nyanyi, muka belah kiri lebih aktif. So yang kiri bila terlalu aktif menyebakan other part of your muscles construct. Relakskan sikit, gunakan keseluruhan muka. Overall, persembahan tadi sangat menenangkan dan mrnyamankan.
Shila Amzah - Pudar (74.60%)
Syafinaz Selamat: Kita akan penat ye malam ni sebab rasa nak nangis ke tak nak nangis. Shila nampak manis sekali. Shila memang steady bila menyampaikan, jalan cerita macam mana Shila nak buat, that’s nice. Walaupun simple tapi kita dapat rasa antara Shila dan Amylia. You cuba nak translate feeling tu. On the singing part, you need to work on your head voice, breath support kena jaga. Keeping it really forward. Mood lagu ni macam ada kala you susah nak sustain, a bit shaky. But overall i'm happy with the performance.
Dina Nadzir - Mewangi (68.20%)
Hetty Koes Endang: Lagu ini sebetulnya kamu makan, kamu kuasai. Tapi hati-hati kamu memang jagonya di nada tinggi tembakanya jago tapi hati-hati nada tinggi kamu sudah kuasai, nada rendah kamu harus tundukkan. Seluruh peserta ingat nada rendah harus makan, pelajari. Dina, lanjut, hati-hati.
Fuad Rahman - Layang-Layang Terputus Talinya (65.00%)
Hetty Koes Endang: Kita tahu bahawa kamu sebetulnya jiwa rock. Isi daripada lagu ini kamu faham? Menurut kamu bagaimana? Tetapi hati-hati air mata jangan air mata buaya. Kerana dari lirik itu bersinergi, bercerita. Mimik muka pun bercerita, di awal menurut bunda kamu bagus. Tapi terganggu dengan air mata bercucuran. Kerana dari kamu sedih di tengan kamu ketawa. Harus konsisten kerana kita lihat dari monitor. Endingnya bunda suka, hati-hati, ikhlas. Aman.
Asheed Def Gab C - Andai Ku Tahu (64.20 %)
Ramli MS: Masuk salah, potong tetap potong tapi attitude saya suka. Walaupun kat depan macam orang mabuk nyanyi tapi saya consider itu adalah art. Tapi bila muzik masuk key yang tinggi tu proper, itu cara you menyanyi. Walaupun pitch, tapi attitude kamu saya suka, originality datang dari diri kamu sendiri.
Tom - Hanya Satu (58.50%)
Syafinaz Selamat: Tom nampak sangat relaks, dengan rambut, cantik. Adakah tom wonder tiap-tiap minggu you berada di tangga terendah? Setiap minggu intonasi Tom tak stabil. Saya tak tahu samada intonasi itu adalah kerana ear monitor atau you tak dengar. Can you tell me why? Bila pakai ear monitor ia memang mengganggu. Sebagai penyanyi you boleh mintak apa you nak dengar. Kalau tak selesa, gunakan sebelah je. Saya faham artis lama tak pakai ear monitor. Jadi kalau ada rezeki minggu depan make sure boleh adjust cari keselesaan sendiri. Last week awak sangat rendah sebab suara awak really pitch. Untuk minggu ni intonasi, pitch lebih baik. Masih ada flat here and there tapi way better than last week. Saya rasa lagu ni bila terlalu tinggi, dia bunyi marah. Hati-hati sebab kita nak pastikan suara kita match lirik lagu walaupun nak tunjuk kita bokeh buat. Suara Tom tonggi, cuma kena control overall. Hari ini lebih baik daripada minggu lepas.
Pat Candy - Kembara Di Tanah Gersang (55.60%)
Hetty Koes Endang: Ini sudah minggu keempat, bererti Pat sudah menguasai situasi auditorium ini. Perasaan itu sudah kamu kendalikan. Dari segi arrangement, dengar dulu bagaimana. Apa lagi saat baru masuk. Kamu dengan gitar saja. Tolong pelajari ikuti irama gitar tadi supaya mengalirnya sama. Lagu ini sudah susah mudah. Tapi lagu ini ada point yang banyak sekali kamu flat. Hati-hati kebelakang okay tapi di depan jangan hanya hafal lirik. Arrangement juga kami harus jiwai. Ini sudah minggu ke-4. Menurut bunda, persembahan minggu ini bunda kurang happy. Cuba lagi minggu depan.
Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan ditemani oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

gempak
28/08/2024
02:20 MYT
Penyanyi Tom berkongsi detik pertemuan semula dia dengan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahmad ketika di sidang media program Gegar Vaganza (GV9).
Laman Utama

Tom Pernah Kena Sorok Orang Bunian - "Kampung Tu Pasir Putih, Semua Perempuan..."

gempak
10/09/2023
03:55 MYT
Wallahualam.
Laman Utama

Alahan Buat Tom Berhenti Merokok - "Dari Umur 16 Tahun Hisap, Lepas Ni Insya-Allah Tak Nak Sentuh Rokok Lagi"

gempak
08/07/2023
07:53 MYT
Bagus buat Tom!
Laman Utama

"Kata Nak Rahsia..." - Fuad Rahman 'Kantoikan' Tom Kini Hamil Sebulan

gempak
23/06/2023
15:55 MYT
Tom keguguran April lalu.
Laman Utama

"Yang Ditangkap Bertatu Bergari Itu Bukan Saya" - Fuad Rahman

gempak
18/06/2023
00:55 MYT
Nafi ditangkap pihak berkuasa.
Unitar