Gegar Vaganza 9
GV9: Tok Ram & Kak Lina Tak Ada Isu, Dah Boleh Bergurau, Nabil Huru Hara, Mic Terbalik Datuk Syafinaz
Konsert minggu pertama Gegar Vaganza 9 (GV9) berlansung dengan meriah bersama gandingan hos baharu iaitu Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.
Dengan barisan bintang yang hebat, ternyata sehingga ke hari ini GV9 masih lagi hangat menjadi bualan netizen di media sosial.
Sepanjang konsert berlangsung pada Ahad lalu, sudah pasti ada pelbagai momen menarik yang berlaku di GV9.
Antaranya:
#1 Meriah! Itulah perkataan yang dapat digambarkan dan antara menjadi tumpuan adalah penaja GV9 yang mesra dengan panggilan boss susu, Azmi Zainal.
#2 Sewaktu merekodkan VT untuk ditayangkan, Azmi banyak kali tersasul ketika menyampaikan pantun.
#3 Paling lucu bila boss susu sendiri mengatakan baju yang dipakainya satu set dengan kerusi kerana mempunyai warna yang sama.
“Dulu PKP selalu saya shoot dengan patung je, sekarang bila dah kembali ada penonton saya nervous, lepas itu dah lah baju sama warna macam kerusi,” ujarnya mengundang tawa penonton.
#4 Pentas membuka tirai dengan nyanyian dari pemenang GV terdahulu iaitu Aliff Aziz, Nikki Palikat dan Suki Low.
#5 Ingat dah cukup gempak kan? Tidak dik! Muncul pula Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina di atas pentas bersama Nabil. Gandingan baru yang sangat fresh dan meletup!
#4 Sewaktu sesi pengenalan para bintang, Bob muncul diiringi dengan lagu tema Akademi Fantasia iaitu Menuju Puncak, satu dewan menyanyi guys!
#5 Sewaktu memberikan komen, juri tetap GV9 iaitu Datuk Syafinaz Selamat tidak perasan dan bercakap denga mikrofon terbalik! Memang gelak lah penonton.
#6 Fuh bukan kaleng-kaleng ya energi Kak Lina ni, sewaktu Roy Kapilla menyampaikan lagu Dikir Lambung, ha Kak Lina dah macam buat konsert sendiri! Siap berjoget di tepi pentas yaaaa! Letop tak dikkkk!
#7 Bob, Dina dan Jac mendapat standing ovation dari juri tetap GV9, Bunda Hetty. Hebat kan?
#8 Comel pula bila Kak Lina dan Tok Ram dah boleh bergurau. Ketika ditanya mengenai hubungan dengan Tok Ram, Kak Lina kata:
“Hubungan saya dengan Tok Ram baik-baik sahaja, tak kanlah kita nak bermasam muka sampai bila-bila.
“Semua isu ada jalan penyelesaiannya. Lagi pun isu kami tak adalah beria. Saya dulu yang minta maaf pada Tok Ram. Sekarang kami dah boleh bergurau,”
#9 Kemunculan Jac ternyata memberikan satu impak yang besar! Rata-rata penonton terpukau dengan persembahannya dan masih tak boleh move on!
#10 Segmen tribute untuk Allahyarham Adibah Noor, nyanyian lagu Terlalu Istimewa dibawakan oleh Aliff Aziz, Nikki dan Suki mengundang sebak.
#11 Dina dan Suki tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika segmen itu berlangsung.
#12 Segmen Ada Lagu Ada Lagi jadi sangat berbeza dengan kehadiran Kak Lina! Nabil pening kepala dan huru hara melayan karenah Kak Lina yang sangat hyper!
#13 Nabil seru Jihan habis pantang cepat sebab penat melayan Kak Lina. Ha baru dia tahu langit tinggi rendah, dulu Jihan kena layan dia, sekarang dia yang ke kawal Kak Lina heheh.
#14 GV9 menjadi trending selama dua hari berturut-turut! Tahniah semua!
BACA: GV9: Tiada Penyingkiran! Jaclyn Victor, Shila Amzah & Tomok Jadi Tiga Peserta Terbaik Minggu Pertama
Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan dia akan ditemankan oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.
Must-Watch Video