Gegar Vaganza 9

Tak Boleh Rekod & Sebar Masa Konsert Live GV! Anda Berdepan Denda Tak Lebih RM250,000 Atau Penjara ...

gempak
Amri Hassan
09/11/2022
05:55 MYT
Sponsor Banner
Tak Boleh Rekod & Sebar Masa Konsert Live GV! Anda Berdepan Denda Tak Lebih RM250,000 Atau Penjara ...
Keghairahan kadang-kadang boleh membuka ruang natijah kepada diri sendiri, adakalanya terlalu syok berkongsi di media sosial apa yang dirakamkan ketika siaran langsung sesebuah program boleh mendatangkan risiko di kemudian hari.
Jika diperhatikan, terlalu banyak rakaman & penyebaran haram dari konsert Gegar Vaganza disebar luas di pelbagai platform media sosial sejak akhir-akhir ini.
Suka untuk diingatkan anda sebenarnya telah melanggar Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022!
Mengikut akta terbabit, tindakan mengedar dan berkongsi kandungan hak cipta tanpa kebenaran di platform media sosial atau aplikasi merupakan satu kesalahan jenayah.
Jika didapati bersalah, pelaku boleh didenda “tidak melebihi RM250,000 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan bagi mana-mana yang berikutnya, kesalahan, didenda tidak melebihi RM500,000 ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.”
Sebagai makluman, cetak rompak digital merupakan tindakan memuat turun, mengguna, menstrim atau mengedarkan bahan hak cipta dan harta intelek tanpa kebenaran atau bayaran bagi kandungan tersebut.
Jadi, ikutlah etika, jangan main siar tanpa kebenaran!
GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.
Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024