,
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: “Dia Memang Tak Ada Filter, Hauk Macam Tu" - Azharina Tak Kecil Hati Gurauan Nabil

Mya Amri
30/10/2023
08:50 MYT
Bintang All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Azharina Azhar tidak berkecil hati dengan gurauan yang diberikan oleh Nabil Ahmad iaitu hos program berkenaan.
Menurut Azharina, walaupun Nabil terkenal dengan lawak spontan dan ‘cakap lepas’ namun hakikatnya pelawak itu merupakan seorang yang baik.
“Pendapat saya senang saja, dia nak cakap apa pun kita masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Nama dia pun Nabil, dah memang macam itulah gayanya. Hauk begitulah.
“Sebenarnya di belakang tabir dia sangat baik orangnya. Tapi anda kena faham, dia memang tak ada sensor filter.
“Jadi kita redakan sahaja, masuk kanan keluar kiri. Sebab kalau kita simpan, benda itu akan meracun kita dan tak mendatangkan hasil pun,” katanya
Azharina berkata demikian ketika ditemui selepas konsert kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.
Bagaimanpun kata Azharina, ada masanya lawak Nabil itu agak kurang sensitif sehingga menyebabkan dirinya berasa sedikit kurang senang.
“Sebab dia seorang pelawak, sudah pasti ada masanya akan terasa sedikit terutamanya masa persembahan duet bersama Azmi Saat.
“Saya terasa juga sebab pada saya Azmi adalah seorang yang bukan macam kita, dia bukan orang biasa. Kita tak sepatutnya sentuh pasal nama bapa kita kan, itu sangat sensitif.
“Tapi alhamdulillah mereka mohon maaf, saya pun ada cakap dengan Azmi dan dia pun orangnya sangat positif.
“Tapi Nabil dengan Jihan memang begitu dan kita kena reda. Nak buat macam mana, mereka memang mengeji antara satu sama lain.
“Itulah mereka, kalau nak sentap pun buang masa, sabab minggu depan dia akan buat hal lagi. Jadi saya pun tak amik port,” jelasnya.
BACA: Jihan Muse Mohon Maaf Pada Azmi Saat!
BACA: All Stars Gegar Vaganza: Nabil Jawab Isu Tidak Sensitif Ketika Mengacara - “Dunia Lawak Ni Subjektif”
Terdahulu, pada konsert keempat Ahad lalu seusai Azmi membuat persembahan bersama Azharina, Jihan selaku hos program terbabit cuba berseloroh dengan mengajukan soalan memandu sendiri untuk datang ke konsert.
Malah, Jihan dan Nabil sempat berjenaka tentang nama bapa Azmi.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”

gempak
06/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita mengulas spekulasi mengatakan dirinya bakal menyertai program, Gegar Vaganza.
Hiburan

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

gempak
04/09/2024
08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.
Hiburan

Nabil Ahmad Teruja Jadi Anggota APMM Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan ke 67 di Putrajaya

gempak
30/08/2024
09:55 MYT
Penyampai 3 Pagi ERA Nabil Ahmad akui teruja dan tidak menyangka dapat sertai perbarisan hari kebangsaan bersama APMM.
Hiburan

“Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

gempak
28/08/2024
02:20 MYT
Penyanyi Tom berkongsi detik pertemuan semula dia dengan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahmad ketika di sidang media program Gegar Vaganza (GV9).
Viral

Guna 'Kabel' Hingga Dapat Bergambar Bersama Lee Zii Jia, Nabil Ahmad Gembira Dapat Sambut Champions Pulang

gempak
07/08/2024
12:25 MYT
Penyampai ERA, Nabil Ahmad meluahkan rasa teruja apabila hadir menyambut kepulangan wira-wira badminton negara, Lee Zii Jia dan pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu.