Laman Utama

All Stars Gegar Vaganza: Nabil Jawab Isu Tidak Sensitif Ketika Mengacara - “Dunia Lawak Ni Subjektif”

gempak
Izwan Isa
20/10/2023
05:50 MYT
Sponsor Banner
All Stars Gegar Vaganza: Nabil Jawab Isu Tidak Sensitif Ketika Mengacara - “Dunia Lawak Ni Subjektif”
Pengacara Nabil Ahmad memberitahu yang dia akan tetap menjadi diri sendiri dalam mengemudikan rancangan All Stars Gegar Vaganza pada masa akan datang.
Menurut Nabil berkata, hal ini berikutan skop dunia lawak yang dirasakan subjektif dan apa yang disampaikan bertepatan dengan audiens rancangan yang dikelolakan.
“Saya akan tetap jadi diri saya. Saya akan buat apa yang sepatutnya saya buat dan yang saya rasa… itulah tindakan yang betul.
“Dunia lawak ni subjektif. Untuk orang yang rasa offended (terkesan) saya minta maaf. Mungkin awak berada di saluran yang salah. Tiada paksaan untuk tonton rancangan yang ada saya.
“Kalau tak kena dengan jiwa, feel free untuk tengok rancangan lain. Kita ada our own supporters dan penonton yang dah lama ikut Gegar Vaganza. Target kita untuk puaskan penonton kita,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, rakan sepengacaraan Nabil, Jihan Muse dikritik kerana menjadikan kekurangan pada penyanyi Azmi Saat sebagai bahan jenaka ketika vokalis Caliph Buskers itu dijemput sebagai teman duet Azharina pada konsert All Stars Gegar Vaganza minggu lalu.
BACA: “Ramai Orang Tak Gemar Kecacatan Dibuat Main” - Azmi Saat Tak Kecil Hati Dengan Jihan Muse​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024