,
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Liza Hanim & Ziana Zain Paling Ditunggu Netizen - “Dua Ratu Satu Pentas, Confirm Meletup Stage!”

Mya Amri
15/10/2023
06:00 MYT
Minggu keempat All Stars Gegar Vaganza (GV10) menjadi antara konsert yang paling dinantikan ramai.
Lebih-lebih lagi apabila persembahan duet bintang GV10 kali ini menampilkan artis-artis bernama besar termasuklah Ziana Zain, Misha Omar, Datuk M. Nasir, Datuk Jamal Abdillah, Mamat Exist dan Liza Aziz.
Menerusi tinjauan di media sosial, ternyata antara persembahan paling dinantikan netizen adalah Liza Hanim bersama Ziana Zain.
Terkenal dengan vokal bernada tinggi yang hebat dan bersuara merdu, pasangan duet ini akan menyampaikan lagu berjudul Madah Berhelah.
Malah Liza sendiri menerusi hantaran di akaun Instagramnya menyatakan rasa gementar untuk membuat persembahan bersama Ziana.
“Ya Allah, macam mana nak describe perasaan nervous kakak nyanyi dengan kak @iamzianazain minggu ni di All Stars Gegarvaganza.
“Semoga dipermudah buat kita ya kakakku. Pinjam kekuatan kakak, saya benar benar perlukannya.
“Sabtu dengan Ahad kita dah senyap tau, layan perasaan nervous ni,” tulisnya.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Project; Exit, Liza Hanim, Wany Hasrita, Sufian Suhaimi, Finalis Kilauan Emas Memeriahkan Project Festival!

gempak
21/10/2024
05:45 MYT
Bintang drama terbaharu Projek; Exit dan barisan penyanyi hebat tanah air antaranya Liza Hanim, Wany Hasrita dan Sufian Suhaimi antara barisan selebriti yang akan hadir memeriahkan Project Festival!
Hiburan

Leaked! Imran Ajmain, Aiman Tino, Farah Diana antara yang tersenarai GV 11?

gempak
17/10/2024
00:55 MYT
Mana tidaknya, walaupun senarai nama peserta untuk musim kesebelas masih belum diumumkan pihak produksi namun sudah ada beberapa nama yang dijangka bakal menghiasi program hiburan tersebut.
Hiburan

Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”

gempak
06/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita mengulas spekulasi mengatakan dirinya bakal menyertai program, Gegar Vaganza.
Hiburan

“Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

gempak
28/08/2024
02:20 MYT
Penyanyi Tom berkongsi detik pertemuan semula dia dengan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahmad ketika di sidang media program Gegar Vaganza (GV9).
Hiburan

Pernah Viral Nyanyi Lagu Ziana Zain, Ayish Malkan Kini Bergelar Penyanyi & Lancar Lagu Pertama - "Cinta Dicintai Sentuh Sanubari..."

gempak
17/07/2024
18:48 MYT
Hanya kerana video nyanyiannya tular, nama Ayish Malkan akhirnya dikenali oleh sebahagian besar peminat.
BorakSeeni