Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Masalah Ear Monitor? Juri Tegas, Markah Tetap Kena Potong!

gempak
Mya Amri
23/10/2023
01:55 MYT
Sponsor Banner
All Stars Gegar Vaganza: Masalah Ear Monitor? Juri Tegas, Markah Tetap Kena Potong!
Konsert minggu kelima All Stars Gegar Vaganza (GV10) menyaksikan Ayai Illusi diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.
Menyampaikan lagu berjudul Pusara Di Lebuhraya nyanyian asal Ekamatra, Ayai nampaknya gagal menambat hati juri untuk mara ke minggu berikutnya.
Sementara, Liza Hanim berjaya merampas kedudukan pertama minggu ini dengan peratusan markah sebanyak 70.50%.
Bagaimanapun minggu ini menyaksikan beberapa bintang mengalami masalah teknikal berkenaan monitor telinga antarnya Ayai dan Azharina.
Bagaimanapun juri berpendapat masalah tersebut boleh ditangani secara profesional memandangkan mereka yang bertanding merupakan penyanyi berpengalaman.
Berikut merupakan recap komen dan markah penuh minggu kelima All Stars Gegar Vaganza:
1. Liza Hanim - Kembali Terang (70.50%)
Hetty Koes Endang: “Lagu ini kamu keluar dari penyanyi asal, itu susah bagus, emosi dapat, power dapat, kemerduan, dinamika itu juga penting, ada sedikit yang tidak sampai. Hati-hati kerana ini kompetisi,”
2. Naqiu - Hakikat Sebuah Cinta (69.75%) Datuk Syafinaz Selamat: “Hari ini lagu saya rasa memang makanan awak. Yang saya suka sebab awak buat kerja awak tanpa fikir orang lain odan awak enjoy. Presentation awak bagus, good job,”
3. Jaclyn Victor - Perpisahan (69.00%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Balada ni memang forte awak, tak pernah mengecewakan dari aspek emosi yang temanya sedih, selalu menusuk hati. Overall tak ada isu dengan suara dan nyanyian, isu hari ini adalah tempo. Itu sahaja. Saya rasa jac macam ada sedikit perasaan risau kadang-kadang atas pentas. Kita kena menjurikan kita bukan nak cari kesalahan suka-suka. Kita nak berikan yang terbaik,”
Hetty Koes Endang: “Untuk kesemua peserta, kita juri, netizen pun juri, peserta pun juri, macam mana nak jadi juri. Kamu semua pulang dan menonton kembali persembahan untuk melihat dan mendengar. Kamu boleh tengok apa yang kurang, kalau ada kesalahan perbaiki,”
4. Nikki Palikat - Depresi (67.75%)
Hetty Koes Endang: “Kamu menyanyikan lagu ini untuk tingkat nyanyi senang, yang sulit mungkin koreo. Semua sudah okay, koreo itu perlu lagi hidup supaya lebih blend dengan penari. Kontrol vokal, suara okay, tembakannya okay,”
5. Aliff Aziz - Penghujung Rindu (66.75%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Minggu lepas kehadiran Aisyah mungkin bagi semangat pada awak kerana minggu sebelumnya awak macam hilang punca. Persembahan tadi simple tapi sampai, mesej dia sampai cuma bila menyanyi you kena habiskan karakter tu dengan nyanyian. Harap semangat pertandingan ini diteruskan sampai bila-bila. Jangan kecewakan saya,”
6. Siti Nordiana - Ngajat Tampi (66.25%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Lagu ni banyak sangat lirik ulang-ulang tapi lain lain jadi very confusing. Tapi saya bagi awak sebab ingat. Overall awak punya nada renda perlu jaga. Ada terbabas sana sini tapi overall okay, minggu ni awak nampak lebih rilek. Saya tahu ini pertandingan besar tapi boleh tak anda jangan stress dan enjoy. Kamu semua bagus nyanyi jangan over think, setiap minggu awak nampak berhati-hati, minggu ni rilek,”
7. Tomok - Biarlah Rahsia (65.50%)
Hetty Koes Endang: “Kreatif dari matanya cuma saya lihat close up seram. Saya berfikir boleh ke tak kamu bawa, itu yang saya ragukan, lagu ini perlukan penjiwaan dan pengucapan yang jelas. Kamu harus ikut kick lagu ini, bland dengan lagu,”
8. Ezad Lazim - Pada Syurga Di Wajahmu (64.00%)
Datuk Ramli MS: “Not bad, dekat depan okay lah, kalau bagus sama dengan yang belakang Datuk Nash pun lari. Lagu ni memang kamu punya genre muzik so should be better yang dekat depan. Sebab merdu dekat belakang sangat elok, kat depan so so je,”
Datuk Syafinaz Selamat: “Saya tak nafikan awak penyanyi yang bagus, tapi untuk pertandingan ini awak sangat save. Please do something else sebab ada markah kreativiti, saya nak beri pada awak,”
9. Hady Mirza - Biru Mata Hitamku (62.75%)
Hetty Koes Endang: “Alhamdulillah lagu kamu bawa up beat, enak, seolnya dapat, dari segi suara pitch okay, rhtym boleh enakkan lagi sebab sedikit kaku, pitch kontrolnya okay, yang penting expresi itu harus sesuai dengan lirik,”
10. Azharina - Intai Cinta Dalam Rahsia (62.50%)
Datuk Ramli MS: “Separuh daripada lagu itu hilang. Tempo lari, sama kes macam Ayai. Dekat korus okay cuma dekat depan sahaja. Potong tetap potong,”
Hetty Koes Endang: “Mohon maaf pada sound sistem tolong bantu para peserta kerana perkara itu boleh mengganggu para peserta. Tolong cek ear monitor peserta,”
11. Noryn Aziz - Asmara (60.75%)
Hetty Koes Endang: “Ini baru asli kamu keluarkan malam ini. Memang lagu ini lagu hiburan, malam dengan arrangement yang baru, perbedaan antara yang pertama dan latin terus terang saya lebih suka yang latin sebab kamu lebih lepas, yang pertama nampak sedikit tertahan tahan,”
12. Zamani - Mahakarya Cinta (53.75%)
Datuk Ramli MS: “Banyak masalah, jenis lagu ni memang sangat lain dari apa yang kamu pernah nyanyi, sangat susah, tempo terlepas,”
13. Ayai - Pusara Di Lebuhraya (53.00%)
Datuk Ramli MS: “Apa hal tempo kat depan tu dua kali hancur. Tak ada maaf, itu bukan alasan. Lepas tu nafas kamu tercunggap-cunggap. Feel okay, kamu bagi makna dan intonasi lirik tu berbeza. Cuma ada banyak tempat yang tak sempurna. Tempo tu potong tetap potong,”
BACA: All Stars Gegar Vaganza: Ear Monitor Hampir Tertanggal Ketika Persembahan, Ayai Illusi Tersingkir
BACA: All Stars Gegar Vaganza: Ramai Persoal Kenapa Zamani Terselamat, Ini Jawapan Tok Ram
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024