,
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: "Tak Perlu Kamu Scream Too Much" - Komen Syafinaz Untuk Azharina

Amri Hassan
03/12/2023
15:14 MYT
Juri All Stars Gegar Vaganza, Datuk Syafinaz Selamat menyifatkan persembahan Azharina sebagai seorang fighter.
Buktinya kata Syafinaz, persembahan rock Azharina sangat energetik dan menampilkan vokal mantap.
"Jangan beri yang biasa-biasa sebab anda lebih besar daripada itu. Ada masa orang suka, tak suka dengan persembahan, itu biasa. Ambil ia sebagai proses pembelajaran. Daripada saya, ikhlas.
"Satunya yang berlaku di pentas, menunjukkan anda seorang fighter, kamu tak give up. Secara menyeluruh persembahan ini sangat energetik.
"Vokal lagu pertama lebih baik daripada lagu kedua," komennya.

PILIHAN PEMBACA: Azharina ada 130,000 jumlah gambar dalam gallery phone?

Tambah Syafinaz lagi, Azharina sepatutnya lebih berhati-hati terutama melibatkan eksplorasi vokal.
"Hati-hati, kamu nak jadi rock performer, kadang-kadang bukan sebab jerit. Ia fasal giving energy, power thru music drive.
"Vocal effect, kamu ada tunjukkan dalam persembahan, tak perlu kamu menjerit 'too much'," nasihatnya.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza RECAP: Juri Particular Bab Tempo & Feeling, Tarian 'Plastik' Naqiu, Nafas 'Angsa'...

Jangan lupa saksikan All Stars Gegar Vaganza 2023 live di YouTube Astro Gempak.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Jangan lupa dapatkan tiket konsert akhir All Stars Gegar Vaganza di Ticket2u.com.my sekarang.
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

BERITA TRENDING: All Star Gegar Vaganza: Ditanya Status Janda, Jawapan Azharina Memang Padu: “Jangan Risau…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Fattah Okay Sahaja Di Set Penggambaran, Dia Sangat Professional” - Liyana Jasmay

gempak
14/09/2024
23:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay enggan mengulas dan memberi sebarang komen berkenaan rumah tangga aktor, Fattah Amin. meskipun sedang menjalani penggambaran untuk sebuah naskhah bersama.
kilauan-emas

Roy Azman Kongsi Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Akui Cuba Penuhkan Segala Keinginan Isteri

gempak
12/09/2024
07:55 MYT
Pelakon dan penyampai radio, Roy Azman, berkongsi petua kebahagiaan dalam rumah tangga.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Dipanggil Semula Jadi Juri, Erra Luah Rasa Teruja - “Kilauan Emas Ni Dekat Dengan Saya”

gempak
10/09/2024
13:55 MYT
Pelakon jelita, Erra Fazira menyatakan dirinya sangat teruja apabila masih lagi dipilih untuk menjadi salah seorang daripada tiga juri dalam program realiti, Kilauan Emas 2024.
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Hiburan

Masih Terima Komen Negatif, Sophia Dedah Perlu Jumpa Pakar Kerana Siber Buli

gempak
07/08/2024
02:55 MYT
Pelakon Sophia AlBarakbah mendedahkan masih menjadi mangsa buli segelintir netizen di media sosial meskipun tiada lagi cerita kontroversi membabitkan dirinya.