Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Dia Hanya Bergurau, Kami Sebenarnya Rapat” - Elly Mazlein Mohon Jangan Salah Faham Dengan Datuk Ramli MS

Mya Amri
05/10/2023 05:55 MYT
Pengacara All Stars Gegar Vaganza (GV10), Elly Mazlein berharap netizen tidak salah faham dengan gurauan Datuk Ramli MS (Tok Ram) sepanjang program itu berlangsung.

Menurut Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina, untuk mengacarakan sesebuah program hiburan perlu ada sedikit warna untuk mengimbangi keseluruhan rancangan itu.

“Semua orang jangan salah faham, Tok Ram memang macam tu. Dekat TV kami memang nampak begitu.

“Tapi dekat luar kami sangat rapat. Saya pun ada baca yang orang ada salahkan Tok Ram. Bukan, Tok Ram sebenarnya bergurau.

“Benda ini kena begitu, perlu ada warna sebab rancangan hiburan, kalau tak ada warna akan jadi suram,” katanya kepada Gempak.

Mengulas mengenai GV10, Elly berkata dia berasa sangat seronok dapat mengendalikan program popular itu bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

“Saya seronok tapi ialah kadang-kadang tu rasa macam apa lagi perlu dilakukan untuk seterusnya. Tapi kita ada Nabil ada Jihan, mereka berdua orang kuat GV.

“Mereka banyak sangat membantu saya, jadi untuk peminat Jihan, jangan risau, kita sama-sama cari rezeki l,” ujarnya.


BACA: GV10: "Sepanjang 'Menggelitat' Atas Stage, Saya Tak Pernah Pegang Lelaki" - Elly Mazlein Tahu Batas Sebagai Pengacara

BACA: GV10: “Tak Patut Netizen Bash, Dia Hanya Buat Kerja” - Cliff Umar Tak Terasa Hati Gurauan Kak Lina

BACA: GV10: Sedar Gaya Pengacaraan Dikritik Orang Industri, Elly Mazlein - “Jangan Baling Batu Sembunyi Tangan”


All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein. Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

#Elly Mazlein #Datuk Ramli MS #Tok Ram #Kak Lina Pom #GV10 #All Stars Gegar Vaganza