,
Gegar Vaganza All Star

GV10: Ramai Komen Tentang Hos, Ini Jawapan Wakil Astro: “Kita Akan Bedah Siasat, Mungkin Ada…”

Mya Amri
25/09/2023
09:55 MYT
Ketua Saluran Astro Ria, Prima dan Warna, Norzeha Mohd Salleh akan mengambil kira maklum balas orang ramai terhadap tiga hos All Stars Gegar Vaganza (GV10) iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Menurut Norzeha, pihaknya akan melakukan yang terbaik bagi memastikan program itu berjalan dengan lancar.
“Selepas konsert pertama ini kita ambil maklum semua komen-komen yang diberikan jadi kita akan bedah siasat dan tengok apa yang terbaik yang kita boleh lakukan untuk minggu kedua.
“Sama ada nak buat pembahagian secara bergilir-gilir seperti Nabil, Jihan, Jihan, Kak Lina atau sebagainya,” ujarnya.
Norzeha berkata demikian di sidang media selepas konsert All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Dalam pada itu mengulas mengenai jumlah bintang hot seat, Norzeha berkata sememangnya jumlah itu telah dirancang lebih awal untuk memberikan kejutan buat penonton.
“All Stars Gegar Vaganza jumlah keseluruhan pertandingan ada 12 minggu. Jadi pada awalnya memang sudah ditetapkan.
“Kami merasakan macam yang keenam ini adalah seperti kejutan yang diumumkan pada malam tersebut.
“Sebenarnya jumlah 16 bintang itu kita sudah pun bersetuju sejak awal-awal lagi,” katanya.
Terdahulu, pengumuman Nabil, jihan dan Elly sebagai hos All Stars Gegar Vaganza mengundang pelbagai reaksi netizen.
Rata-ratanya menyukai keserasian mereka namun tidak kurang juga ada yang mengatakan hos terlalu ramai. BACA: Jihan Muse Is Back! GV Bergegar Dengan 3 Hos Unggul ; Nabil & Elly Mazlein
BACA: Rating GV9 Naik Mencanak, Ramai Rayu Kak Lina Kekal Jadi Hos! Ini Pula Jawapan Wakil Astro
All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Datuk Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).
Enam lagi nama yang dipilih adalah menerusi hot seat iaitu Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim.
All Stars Gegar Vaganza ini dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat. All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

One Astro Fan Fest: Hos Hebat Bergabung! Temui Munabella, Sean Lee, Hunny Madu, Keanu Azman & Nana Mahazan 23 November Ini

gempak
20/11/2024
12:31 MYT
Bermula 22 hingga 24 November, pelanggan Astro dan peminat eksklusif bakal bertemu dengan superstar Korea Yeo Jin Goo sempena One Astro Fan Fest di Sunway Pyramid.
gegar-vaganza-11

GV11: Sudah Lama Menanti, Yazid Lovehunters Siap Sedia Beraksi - “Sebenarnya Saya Dah Lama..”

gempak
18/11/2024
13:55 MYT
Menurut Yazid, dia sudah lama menantikan peluang untuk menyertai program yang sudah masuk edisi kesebelas itu.
gegar-vaganza-11

GV11: Nai Dinamik Pernah Buat Keputusan Untuk Tinggalkan Dunia Hiburan - “Saya Balik Ke Sarawak Untuk Beri Fokus Kepada Keluarga”

gempak
14/11/2024
03:55 MYT
Nai yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) menjelaskan keputusan yang dibuatnya itu adalah untuknya memberi tumpuan kepada keluarga dan juga agama.
Hiburan

Elly Mazlein Menangis, Beri Ciuman Terakhir Untuk Arwah Adik Alisa Umairah - “Berehat Ya, Kami Rakyat Malaysia Akan Sentiasa…”

gempak
14/11/2024
02:27 MYT
Penyanyi dan penyampai radio Era, Elly Mazlein tidak dapat dapat menahan air matanya daripada mengalir ketika melihat wajah arwah adik Alisa Umairah buat kali terakhir.
Berita

Kesihatan Alisa Umairah Merosot, Elly Mazlein Mohon Doa Rakyat Malaysia

gempak
13/11/2024
00:25 MYT
Dalam satu hantaran di Instagram Story, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina memberitahu kesihatan Alisa semakin lemah.
Unitar