Gegar Vaganza All Star
“Ngata Aku Sorang Je Sudah, Tak Payah Kacau Anak-Anak” - Liza Hanim Geram, Tak Maafkan Si Mulut Puaka
Bintang All Stars Gegar Vaganza (GV10), Liza Hanim meluahkan rasa kesal apabila anak-anaknya pula menjadi mangsa kritikan.
Liza menyatakan perkara itu menerusi hantaran di ruangan IG story miliknya.
Menyifatkan perkara itu keterlaluan, Liza memaklumkan dia tidak akan memaafkan perbuatan individu yang mengganggu anak-anaknya.
“Ngata aku sorang je sudah. Tak payah kacau anak anak aku.
“Aku tak maafkan! Merangkaklah kau cari aku nanti,” tulisnya.
Terdahulu, Liza menjadi kritikan seorang pengguna media sosial mengutuk fizikalnya dengan mempertikaikan rupa parasnya yang dikatakan tidak cantik.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein. Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video