Artis
Api sengketa KD, mantan isteri Raul terpadam
Siapa bilang jika sudah berpisah, apalagi bercerai, kita tidak boleh saling mendukung?
Siapa juga bilang jika pernah berseteru, mengalami gelombang rumah tangga yang berantakan serta dirampok suami, perasaan sakit hati itu tidak boleh dipadam?
Barangkali inilah contoh terbaik yang dipamerkan oleh sang diva Krisdayanti dan suaminya, Raul Lemos apabila dilihat mesra dalam beberapa siri gambar bersama mantan isteri, Sechah Sagran dan suaminya, Carlos.
Kekompakan empat manusia dewasa ini dapat dilihat dalam beberapa siri gambar yang dimuat naik KD dan Sechah dalam akaun Instagram masing-masing.
Bintang papan atas Indonesia itu mempamerkan keharmonian mereka menerusi akaun Instagram miliknya saat hadir pada majlis pernikahan puteri sulung Raul dan Sechah, Syeilla Ricardo.
KD dilihat menulis pada kapsyennya; “Yang berbahagia atas pernikahan puteri pertamanya. Mana @sechahsagran.
Wanita itu pula dilihat turut memuat naik fotonya bersama KD dengan kapsyen; “Ada mantan suami atau isteri, tetapi tetap ada mantan anak sekalipun anak tiri tetap tidak batal air sembahyang berarti tetap sebagai anak dunia wal akherat.”
Sechah dilihat turut mengait Instagram @raullemos.
Turut kelihatan di dalam foto adalah dua lagi anak hasil perkahwinan bersama pelantun lagu Menghitung Hari itu dan pengusaha asal Timor Leste iaitu Kellen Alexander Lemos dan Ariannha Amora Lemos.
Oleh : Maliah Surip
Kredit Instagram : Krisdayanti
Must-Watch Video