Laman Utama

Giliran Ustazah Asma’ Harun Tegur Aksi ‘Soft Porn’ Pasangan Selebriti - “Itu Perbuatan Maksiat Yang Berat!”

gempak
Asyikin Mayudin
25/09/2023
08:55 MYT
Sponsor Banner
Giliran Ustazah Asma’ Harun Tegur Aksi ‘Soft Porn’ Pasangan Selebriti - “Itu Perbuatan Maksiat Yang Berat!”
Bukan sahaja Ustaz Wadi Anuar, tetapi penceramah bebas Ustazah Asma’ Harun turut memberi teguran kepada pasangan selebriti yang menayangkan kemesraan yang dianggap seperti ‘soft porn’ secara umum.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Ustazah Asma’ menegaskan apa sahaja kemesraan melampau yang ditayangkan secara terbuka biarpun sudah bergelar suami isteri tetap dikira sebagai perbuatan maksiat.
“Baru-baru ini ada artis bagi alasan cari rezeki untuk melakukan perbuatan maksiat. Jelas maksiat, mendedahkan aurat dan melakukan ‘soft porn’ secara terbuka, siap ada cium, ada peluk, siap ada peluk sampai tahap cium leher.
“Itu adalah perbuatan maksiat yang sangat berat. Artis itu pun sudah memadam video tersebut, tetapi video itu apabila dicari tersebar lagi dan ramai yang muat turun.
“Bila saya tengok, Astaghfirullah memang mengucap panjang walaupun suami isteri perbuatan itu adalah haram untuk dipertontonkan dan memang berdosa besar,” katanya.
Pada perkongsian yang sama, Ustazah Asma’ bagaimanapun mengakui komen netizen yang mempertahankan aksi pasangan itu lebih menakutkan.
“Yang lebih saya takut daripada perbuatan artis tersebut adalah komen netizen. Saya terkejut. Sebahagiannya menegur dengan baik, sebahagian kecaman tapi sebahagian besar ‘backup’.
“Saya menyebut perbuatan saya tak sebut individu, saya tak sebut nama. Tetapi peringatan perlu diberikan sebab itu tolonglah, ayat backup ‘ tak payahlah, kita pun belum tentu penghujung macam mana, tak payahlah nak sibuk-sibuk tegur dosa orang’.
“Ini adalah perkataan yang disebut oleh umat Nabi Luth. Akhirnya umat Nabi Luth diazab oleh Allah, dibenamkan ke dalam tanah yang diiktibar daripada laut mati.
“Netizen ‘back up’ orang yang melakukan maksiat terbuka selepas ditegur dia tak boleh terima,” katanya.
Ustazah Asma’ berharap semua selebriti menjadikan isu ini sebagai satu pengajaran memandangkan ramai yang menonton video berkenaan dengan hawa nafsu mereka.
BACA SINI: Hukum Pasangan Selebriti Tayang Kemesraan, Ustaz Wadi ; “Puluhan Ribu Orang Tengok Aurat Isteri Kamu”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024