,
Hollywood

Serangan Seksual Remaja Lelaki 16 Tahun Antara Enam Saman Baharu Ke Atas Sean 'Diddy' Combs

Gempak
15/10/2024
01:55 MYT
Sekurang-kurangnya enam saman baharu difailkan pada Isnin terhadap pemuzik dan penerbit terkenal antarabangsa, Sean ‘Diddy’Combs yang didakwa melakukan serangan seksual terhadap lelaki, wanita dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.

BERITA BERKAITAN : Gempar 1 Malaysia! 3 Tahun Koma, Ahli Keluarga Tuntut Pelaku Dihukum! | Motif Trending

​BERITA BERKAITAN : Tak Sebelah Mana-Mana Pihak, Fasha Sandha Doakan Yang Terbaik Buat Fazura-Fattah

​BERITA BERKAITAN : Isu Sindir Menyindir Dalam Industri Hiburan, Uyaina Tampil Titip Nasihat - “Fokus Lebih Kepada Perkembangan Diri”

​BERITA BERKAITAN : Yusuf Bahrin Hampir Terbakar Buat Stunt!

Kesemua enam tuntutan saman itu difailkan di Mahkamah Persekutuan New York oleh dua wanita dan empat lelaki.
Tuduhan tersebut meliputi insiden yang berlaku antara 1995 hingga 2021.
Saman-saman yang difail tanpa naman itu mendakwa, beberapa serangan berlaku di parti-parti anjuran rapper popular Hollywood itu termasuk yang dihadiri oleh selebriti dan artis muzik terkenal.
Salah satu daripada saman baharu mendakwa, seorang remaja lelaki berkata, dia hanya berusia 16 tahun ketika dia menghadiri salah satu parti di Hamptons pada 1998.
Ketika itu, dia dan Combs sedang berbual mengenai hasratnya untuk menyertai industri muzik apabila dakwaan serangan itu berlaku.
Tuntutan itu termasuk gambar kedua-dua mereka di pesta berkenaan dengan wajah remaja itu dikaburkan. Bahkan, remaja itu turut mendakwa, semasa perbualan mereka, Combs secara tiba-tiba mengarahkannya untuk menanggalkan pakaian.
Combs sebelum ini telah menafikan semua dakwaan sivil dan jenayah terhadapnya.
Satu lagi tuntutan mahkamah yang difailkan pada Isnin termasuk dakwaan oleh seorang wanita yang mendakwa Combs merogolnya di bilik hotel pada 2004.
Ketika kejadian, dia merupakan seorang pelajar kolej dan berusia 19 tahun.
Menurut tuntutan itu, mangsa mendakwa bertemu mogul muzik itu pada satu sesi penggambaran sebelum dia dan rakannya dijemput menghadiri parti peribadi di hotel penginapan Combs.
Sebaik sahaja tiba di parti berkenaan, mangsa mendakwa, Combs "merayu, mencabul dan akhirnya merogolnya" walaupun dia berulang kali memintanya berhenti daripada melakukannya.
Peguam yang berpangkalan di Texas, Tony Buzbee, yang mewakili mangsa berkata, beliau mewakili lebih 100 orang yang merancang untuk menyaman penyanyi rap itu atas dakwaan serangan seksual, rogol dan eksploitasi seksual.
Kata Buzbee, beberapa mangsa termasuk kanak-kanak.
Combs dan pasukan undang-undangnya tidak memberikan sebarang komen mengeai dakwaan terbaharu itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Alif Satar Risau Jenayah Seksual Libatkan Kanak-Kanak - "Saya Memang Ajar Anak Saya Untuk ..."

gempak
03/10/2024
09:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar menegaskan pentingnya pendidikan seksual untuk kanak-kanak terutama dalam situasi sekarang.
Hollywood

Keji, Budak 9 Tahun Antara 120 Mangsa Serangan Seksual Sean Diddy Combs

gempak
02/10/2024
07:55 MYT
Kisah skandal terkutuk mogul Hip Hop, Sean Diddy Combs berkaitan pemerdagangan seks menjadi semakin hangat apabila bukti demi bukti ‘dibentangkan’ di mahkamah.
Hiburan

“Sebagai Ibu Saya Kena Lindungi Anak Saya, Jenaka Seksual Bukan Perkara Main-Main” - Rozita Che Wan

gempak
20/09/2024
12:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa kesal terhadap individu yang bertindak melemparkan kata-kata kesat terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana.
Berita

Budak Dalam Video Tular Bukan Mangsa Cubaan Culik Tapi Mangsa Amang Seksual - Polis

gempak
13/09/2024
01:25 MYT
Polis menafikan kanak-kanak yang dipegang bahunya oleh seorang lelaki di kawasan sebuah masjid di Subang Jaya adalah mangsa cubaan menculik.
Hiburan

Tiz Zaqyah Bengang Ada Individu Backup Abang Bas, Kongsi Pengalaman Rakan Sendiri Kena Gangguan Seksual

gempak
08/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Tiz Zaqyah membidas tindakan sesetengah warganet yang bertindak mempertahankan isu Abang Bas yang tular baru-baru ini.
BorakSeeni