Gempak Most Wanted
#GMW: Abang Tesla Nasihat Jangan Tipu Bini, 4 Jaguh Muda Tunjuk Aksi...
Minggu ini program hiburan paling trending, Gempak Most Wanted (GMW) kembali dengan topik hangat di Malaysia ketika ini, Abang Tesla.
Pengacara GMW, Sean Lee dan Amelia Henderson mengupas isu sensitif iaitu poligami yang melibatkan pencipta kandungan TikTok, Abang Tesla dan juga isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari.
Mengulas mengenai poligami, Abang Tesla berpendapat lebih baik jujur dengan isteri daripada berkahwin sorok-sorok.
“Poligami ini bukanlah untuk semua orang, hukum dia pun harus. Siapa yang dipilih sahaja boleh melalui. Jadi kalau untuk semua orang tu… bukan wajib, memang harus.
“Orang salah anggap, benda itu Islam memang membenarkan tapi orang tidak faham macam mana nak bagi adil dan macam mana nak bagi ia dilaksanakan dengan seadilnya.
Ditanya sama ada menyesal membuat video tersebut hingga menjadi tular, ini jawapan Abang Tesla:
“Rasanya tak menyesal pun sebab rasanya ramai orang salah faham tentang video itu. Apa yang saya cuba sampaikan, kita mahu orang ikut jalan yang betul kalau nak berkahwin.
“Sebab kita tengok ramai yang pergi kahwin di Siam, kahwin lari ke Thailand. Jadi kita nak perbetulkan benda itu.
“Kalau nak kahwin cakap betul betul dengan isteri nak kahwin. Jadi kita dalam tempoh nak berkahwin tu terangkan betul-betul. Di situlah yang ramai orang buat silap,” jelasnya.
Bukan setakat ini sahaja, banyak lagi soalan panas yang diajukan kepada Abang Tesla.
Dalam pada itu, antara tetamu lain yang hadir memeriahkan GMW kali ini adalah Kmy Kmo, Luca Sickta dan Aishah Retno hadir mempromosikan program The Chosen One.
Manakala bagi segmen GMW Highlights kali ini agak istimewa kerana menampilkan G The Untold Story Edisi Merdeka bersama empat jaguh muda iaitu Jojo Ghazali (Muay Thai), Lego Sam (breakdance), Iman Hakim (kickboxing) dan Sharul Aimy (gimnastik).
Saksikan Gampak Most Wanted, Setiap Rabu jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Gempak Most Wanted juga boleh distrim di Astro Go.
Must-Watch Video