Gempak Most Wanted

#GMWA2022: Saingan Sengit! Jom Kenali 5 Calon Penuh Digital Content Creator Tergempak... Siapa Bakal Juara?

gempak
Asyikin Mayudin
17/02/2023
13:50 MYT
Sponsor Banner
#GMWA2022: Saingan Sengit! Jom Kenali 5 Calon Penuh Digital Content Creator Tergempak... Siapa Bakal Juara?
Debaran kian terasa, malam kemuncak Anugerah Gempak Most Wanted 2022 yang mempertengahkan 10 kategori bakal bersiaran secara langsung pada 26 Februari depan.
Jom kenali calon kategori Digital Content Creator Tergempak;
Khairul Aming
@khairulaming Replying to @tuyut24 Ni resepi sup ayam yang ramai tanya hari tu. Kita guna perencah sup untuk buat sup jadi lagi sedap. Terliur tak? ?#makanlokal #hello2023 ♬ original sound - Khairulaming
Khairul Aming bermula dengan berkongsi video resepi kreatif di laman sosial sekitar 2016. Video yang dikongsikan Khairul Aming juga mendapat jumlah like dan share yang tertinggi. Biarpun kebanyakkan resepi yang dikongsi mudah namun ramai yang tertarik dengan kreativitinya dalam membuat video masakan. Sehingga kini, Khairul Aming memiliki lebih 3.5 juta pengikut di Facebook, 1.3 juta pengikut di Twitter manakala 2.4 juga followers di TikTok.
Mek Yun
@mekyunnnn Reply to @knewrule Jom dgr pendapat ayah Mekyun ? #malaysia #tiktokmalaysia #xybca #fyp #fypシ ♬ original sound - MEKYUN - Mekyun | Mek Cino Kelate
Kemahiran dalam menguasai pelbagai bahasa menjadikan seorang wanita berbangsa Cina, Wee Yun Nee atau mesra disapa sebagai Mek Yun menarik perhatian warganet terutamanya pengguna Tiktok selepas video memaparkan dirinya fasih menguasai bahasa Melayu serta dialek Kelantan tular. Selain wajah yang comel, kelebihan dimiliki Mek Yun menjadikan dirinya semakin dikenali dan kini mengumpul lebih 752,000 pengikut di TikTok. Menurut anak bongsu dari tiga beradik itu, selain fasih bertutur dalam bahasa Melayu, Inggeris dan dialek Kelantan, dia juga menguasai bahasa Thailand serta Hokkien.
Ryan Bakery
@ryanbakery #fyp #rwyfb ♬ original sound - ??????????
Kalau scroll TikTok, pasti dekat fyp ada video parodi daripada Ryan Bakery dengan zaman childhood yang generasi lahir tahun 80-an dan 90-an yang boleh relate. Ryan sebelum ini bekerja di lapangan terbang, namun dia telah diberhentikan kerja kerana pandemik. Namun rezeki tak salah alamat, apabila Ryan mula membuat video content parodi zaman childhood di TikTok. Ia telah menjadi sumber pendapatannya setelah dirinya bergelar influencer kerana mendapat respon positif daripada netizen.
Syahmi Sazli
@syahmisazlinew Tiktok tk cerdik.. #syahmisazli #samer ♬ original sound - Syahmi Sazli
Syahmi Sazli mula dikenali selepas mengeluarkan video drama pendek yang menampilkan remaja berbakat kelainan upaya, Asif Suhaimi dan Yoe Parey sehingga menjadikan mereka berdua dikenali ramai. Selepas kejayaan itu, Syahmi tampil dengan video pendek pertama arahannya, Baso Jate Pilih Rupo pada 2017 dan sebagai pelakon dan pengarah filem sulungnya, Mael Totey The Movie yang dikeluarkan pada 2020. Pada Januari 2021, beliau dianugerahkan Ikon Pengarah Muda yang disampaikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)
Namie SMY
@namie_smy
Macam-macam hal netizen ni ?
♬ original sound - ɴᴀᴍɪᴇ
Pernah bertugas sebagai seorang guru pelajaran muzik di sebuah sekolah kebangsaan, Namie SMY akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya itu demi minat dalam dunia seni. Namie mula dikenali menerusi video bebelannya dalam loghat ‘Nogori’ (Negeri Sembilan) di laman sosial terutama TikTok sehingga kini mencapai lebih 1 juta pengikut. Pernah menjadi model untuk muzik video lagu hari raya penyanyi Hael Husaini berjudul Bersyukur Seadanya pada tahun 2019.
Terjun ke dalam bidang lakonan menerusi filem dialek Negeri Sembilan, Gadis Jolobu The Movie, diikuti filem JanGo. Namie menyertai kumpulan Ubi yang dianggotai bersama pelawak, Fad Bocey dan Sharif Zero turut menjuari Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3).
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024