,
Gempak Most Wanted

#GMWA23: Lapan Tahun Buat Konten YouTube, Akif Iskandar Tak Sangka Tercalon Top 5 Gamer Tergempak - "Daripada Awal Cuma Nak Cuba Sahaja..."

Muhammad Firdaus
19/01/2024
13:55 MYT
Calon Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2023 bagi kategori Gamer Tergempak, Akif Iskandar tidak menyangka dirinya dicalonkan dalam anugerah berprestij itu.
Menurut Akif, dia berpendapat namanya hanya tercalon sehingga Top 20, tetapi berkat sokongan ramai daripada peminat, dirinya berjaya memasuki kategori Top 5 dalam Gamer Tergempak.

BERITA TRENDING: #GMWA23: “Nak Dibandingkan Dengan Ryan Bakery Jauh Bezanya” - Farihi Narnia Tak Sangka Masuk Top 5

"Sebenarnya tak sangka sebab dua minggu sebelum tu memang nama Akif tiada, jadi saya rasa mungkin rezeki sampai Top 20 sahaja, tapi tengok-tengok dapat Top 5," katanya kepada Gempak.
Akif ketika ditemui semasa sidang media Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung di DADI Cinema Pavilion Kuala Lumpur, sempat berkongsi tentang perjalanan kariernya sebagai seorang pencipta konten.
"Akif dah buat konten selama lapan tahun, daripada awal cuma nak cuba sahaja sebab saya memang suka main permainan video.
"Saya mula buat YouTube, pada awalnya tak berapa sangat, tapi Alhamdulillah semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) masa tu mula naik," kongsinya.
Sekadar info, Gempak Most Wanted Awards terbahagi kepada 8 lagi kategori lain seperti Selebriti Tergempak, Video Tergempak, Video Muzik Tergempak, Drama Tergempak, Lagu/Audio Tergempak, Pencipta Konten (Hiburan) Tergempak, Pencipta Konten (Motivator) Tergempak dan Pencipta Konten (Lifestyle).
Undian Top 5 GMWA23 bermula 17 Januari 2024 sehingga 25 Februari 2024 pukul 12 tengahari. Anda boleh mengundi 1 kategori dengan 50 kredit undian setiap hari.
Jumlah undian akan dikira bagi menentukan juara bagi setiap kategori, seterusnya dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2023. Undian boleh dibuat menerusi laman web www.gempakmostwantedawards.com.
Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama Gempak Most Wanted 2023.
Selain itu, anugerah ‘Gempak Hall of Fame’ juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan para peminat.
Malam anugerah GMWA23 akan berlangsung pada 25 Februari 2024 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand. Acara ini juga boleh ditonton di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok Astro Gempak menerusi GMWA23 Live+.

PILIHAN PEMBACA: #GMWA23: Meerqeen, Naim Daniel, Anna Jobling & Dolla Dominasi Gempak Most Wanted 2023

Bakal dikendalikan oleh Zizan Razak, Sherry Alhadad, Sean Lee dan Amelia Henderson, acara kemuncak ini bakal menampilkan konsep Y2K dan akan mengimbas kembali era kebangkitan evolusi digital dari segi fesyen, muzik, dan gaya hidup.
Acara berprestij GMWA23 akan dimeriahkan dengan persembahan daripada DOLLA, Akim & The Majistret, Aina Abdul, Khai Bahar dan kemunculan istimewa, diva dari Nusantara. Acara kemuncak GMWA23 turut menampilkan segmen Sunsilk Moisture Boom di malam anugerah.
Satu kategori khas diwujudkan dengan nama ‘Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!’, di mana semua peminat berpeluang untuk mengundi kategori ini melalui laman web dan maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi rancangan mingguan Gempak Most Wanted pada bulan Februari kelak.
Untuk maklumat lanjut mengenai GMWA23, sila layari www. gempak.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 2

gempak
13/09/2024
09:12 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 2 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 1

gempak
13/09/2024
09:08 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 1 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR

gempak
12/09/2024
05:40 MYT
Siapa nak menang hadiah untuk ke SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 7

gempak
04/09/2024
16:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 6 Secara Percuma? Memang best!