Aktor terkenal Korea, Gong Yoo menyatakan hasrat untuk berlakon bersama pelakon dan penyanyi, IU.

Menurut Gong Yoo, dia mengagumi bakat nyanyian dan lakonan yang ada pada IU.

Lebih-lebih lagi selepas menonton lakonan IU menerusi drama My Mister yang ditayangkan pada tahun 2018.

“Mungkin cerita ini dah lama tetapi saya dapt merasakan cara awak membuat lagu dan mempersembahkan muzik sama sepeti awak berlakon.

“Dalam My Mister, secara jujurnya saya sangat terkejut dengan lakonan awak yang sangat bagus! Sudah tentu ia datang dari perspektif saya sendiri.

“Walaupun bukan dalam filem yang melibatkan muzik, saya harap suatu hari nanti kita dapat bekerjasama dalam satu filem atau pun drama.

“Saya dapat merasakan perkara itu bakal terjadi. Awak rasa, agak-agaknya mereka bagi kita peluang tak,” ujarnya.

Gong Yoo berkata demikian sewaktu menjadi tetamu undangan dalam rancangan IU Palette.

IU sebelum ini muncul dalam drama hits berjudul Hotel Del Luna bersama Yeo Jin Goo.