Konsert minggu keenam All Together Now Malaysia (ATNMY) berlangsung dengan meriah seperti yang disiarkan malam tadi.

Syarfa berjaya meraih markah seratus peratus sekaligus membuatkan dirinya mara ke konsert final.

Sementara Sahzuan berjaya menumpaskan Zazo dalam pusingan sing off dan akan menemani adik Syarfa di pentas akhir nanti.

Berikut merupakan markah para peserta bersama sedikit info mengenai mereka.

Apat - 88 Markah

Apat merupakan peserta pertama yang membuat persembahan. Dia berusia 26 tahun dan merupakan seorang streamer.

Alip - 64 Markah

Alip berusia 20 tahun dan bertugas sebagai seorang pengawal keselamatan.

Sahzuan - 96 Markah

Peserta ini pula berusia 29 tahun dan bekerja sebagai seorang tutor gitar.

Joveya - 68 Markah

Joveya juga berusia 29 tahun dan bertugas sebagai pegawai Kastam.

Wani - 82 Markah

Wani berusia 20 dan adalah pelajar muzik. Pernah mencuba nasib dalam Ceria Popstar ketika berusia 11 tahun tetapi tidak berjaya.

Fikri Aripuddin - 42 Markah

Peserta ini berusia 20 tahun dan juga seorang pelajar muzik. Fikri sebelum ini tidak pernah yakin menyertai pertandingan kerana tidak mempunyai keyakinan.

Ayid Ahmad - 94 Markah

Ayid berusia 33 tahun dan merupakan seorang anggota polis. Markah yang diperoleh Ayid membuatkan Wani tersingkir dari kedudukan di podium.

Afrina Nayli - 56 Markah

Afrina berusia 21 tahun dan bekerja sebagai pengalih suara sambilan.

Fiz Mustaffa - 90 Markah

Fiz, 29, bekerja sebagai seorang chef pastri di sebuah hotel di Damansara Utama.

Syarfa - 100 Markah

Syarfa berusia 13 tahun dan masih lagi pelajar sekolah.

Nizam Din - 42 Markah

Nizam berusia 52 tahun, dan aktif sebagai penyanyi sambilan. Dia juga pernah menyanyi dengan penyanyi terkenal Ziana Zain.

Hatta - 22 Markah

Hatta, 43, bekerja sebagai konsultan unit amanah. Dia tahu tentang ATNMY dari isterinya. Seperti peserta lain, Hatta juga bangga dapat buat persembahan depan para juri ATNMY.

Zazo Maulana - 98 Markah

Zazo yang berjaya ke pusingan sing off bersama Sahzuan adalah seorang guru muzik dan berpengalaman menyanyi secara busking mencari pendapatan.

Elita - 64 Markah

Elita yang mempunyai personaliti menghiburkan berusia 38 tahun dan bekerja sebagai seorang kontraktor.

Firaz Fazli - 78 Markah

Firaz berusia 21 tahun dan menganggap dirinya sebagai seorang peminat bundle.

Syafeek Ikhwan - 64 Markah

Peserta ini pula berusia 32 tahun dan berkhidmat sebagai pegawai pendidikan.

Hady - 74 Markah

Hady berusia 32 tahun dan merupakan seorang artis budaya. Dia mahu cuba nasib di ATNMY dan tak akan mensiakan harapan ibunya.

Dalam pusingan sing off pula, Sahzuan memperoleh markah 78 mengalahkan Zazo yang hanya mendapat 60 markah dari para juri.

Apapun, tahniah dan syabas kepada semua peserta ATNMY yang berani tampil membuat persembahan di hadapan barisan juri yang profesional dalam bidang masing-masing.

Saksikan ATNMY pada setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria.

Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Untuk kemaskini berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.