Pelakon Korea Ji Chang Wook menjadi perhatian ramai selepas drama terbaharu Backstreet Rookie ditayangkan Jumaat lalu.

Melakonkan watak sebagai Choi Dae Hyun, penampilan dan gaya lakonan Chang Wook menjadi perbualan di media sosial.

Sehinggakan Backstreet Rookie juga menjadi trending di Twitter sebaik sahaja episod satu bersiaran.

Antara topik yang menjadi perhatian adalah kedai serbaneka Saet Byul, Kim Yoo Jung dan umur Ji Chang Wook.

Bagi yang belum mengetahui, usia Chang Wook kini mencecah 32 tahun menjadikan perbezaan umurnya dengan Yoo Jung sebanyak 12 tahun.

Bagaimanapun usianya tidak menghalang keserasian untuk bergandingan dengan Yoo Jung.

BACA: Beza Umur 12 Tahun, Tak Sabar Nak Tengok Lakonan Ji Chang Wook Dan Kim Yoo Jung

Chang Wook membawakan watak sebagai Choi Dae Hyun iaitu seorang pengurus cawangan kedai serbaneka manakala Yoo Jung pula sebagai Jung Saet Byeol iaitu pekerja sambilan yang seksi di cawangan tersebut.



Drama ini juga ditayangkan secara eksklusif di aplikasi iQIYI, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9:00 malam.

Terdahulu, Backstreet Rookie ini merupakan adabtasi webtoon popular Korea.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU