Artis Korea

Beza Umur 12 Tahun, Tak Sabar Nak Tengok Lakonan Ji Chang Wook Dan Kim Yoo Jung

gempak
Mya Amri
18/06/2020
06:07 MYT
Sponsor Banner
Beza Umur 12 Tahun, Tak Sabar Nak Tengok Lakonan Ji Chang Wook Dan Kim Yoo Jung
Buat pertama kalinya, pelakon Korea Ji Chang Wook akan bergandingan dengan aktres Kim Yoo Jung menerusi drama terbaharu Backstreet Rookie.
Sebaik sahaja berita itu diumumkan, rata-rata peminat K-Drama sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk menonton gandingan pasangan itu.
Lebih menarik lagi apabila perbezaan umur sebanyak 12 tahun antara Chang Wook, 32 dan Yoo Jung 20, membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai keserasian dua watak utama itu.
Malah kata Chang Wook dia juga begitu selesa bekerja dengan Yoo Jung. “Ini merupakan kali pertama saya bergandingan dengan Yoo Jung dan saya berasa sungguh selesa.
“Kami bertemu dan berbual seolah-olah seperti kawan lama dan seronok menjalani penggambaran bersama Yoo Jung,” katanya.
BACA: “Tertarik Dengan Suasana Kedai Serbaneka” – Sempoinya, Ini Sebab Ji Chang Wook Berlakon Backstreet Rookie
Chang Wook akan membawakan watak sebagai Choi Dae Hyun iaitu seorang pengurus cawangan kedai serbaneka manakala Yoo Jung pula sebagai Jung Saet Byeol iaitu pekerja sambilan yang seksi di cawangan tersebut.
Backstreet Rookie akan menemui penonton pada 19 Jun ini.
BACA: Tiada Lagi Raja Kacak! Backstreet Rookie, Ini Dia K-Drama Baharu Pengganti The King Internal: Monarch
Drama ini juga akan ditayangkan secara eksklusif di aplikasi iQIYI pada tarikh yang sama, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9:00 malam. Terdahulu, Backstreet Rookie ini merupakan adabtasi webtoon popular Korea.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024